Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Oct 2011

Salam & semoga dalam keadaan luar biasa!!! (^^,)

Selamat datang pada silent reader yang baru berjinak-jinak ke blog Cik Aqil ni. Masa yang  anda luangkan untuk  membaca entry yang tidak seberapa  sangat dihargai..
Bermula daripada entry kali ini dan seterusnya, lebih molek rasenya  kalau  penyusan bahasa dalam blog Cik Aqil ni mengikut ejaan yang betul…huhuhu  J bukan apa, secara tak langsung , dapat menajamkan skill penulisan Cik Aqil yang sudah berkarat ni untuk dipraktikkan dalam  penghasilan penulisan manuskrip bagi subjek Bahasa Melayu penulisan  (SBLM 1023)..  Walhal , dah berkurun tak menulis penulisan essei dan yang sewaktu dengannya.. Al –maklumlah, sepeninggalan Cik Aqil dari SPM, (lebih kurang 4 tahun lebih) Ditambah pula dengan status Cik Aqil sebagai pelajar diploma jurusan akauntansi, maka nombor-nombor , akaun dan kalkulator saja peneman setia , tiada lagi assignment berbentuk penulisan.. Wau!!! Sangat mencabar sel- sel otak untuk bekerja dengan lebih  keras  dan kreatif..huh~  ( agak risau sebenarnya walaupun zaman sekolah pernah berangan nak jadi wartawan hehehe..)
Bagi tugasan penulisan manuskrip ni, supaya kelihatan adil dan saksama, maka Pn Yusniza telah memberi  5  tema penulisan ,dan setip seorang harus memilih salah satu tema yag diberi.
JUJUR!!! Langsung tiada idea untuk memilih mana-mana tema sedangkan  date line menghantar tajuk tema pada puan makin dekat…. Kira-kira 24 jam ++ sebelum kelas bermula , sedang asyik mendengar siaran radio Muzikfm , tiba-tiba Cik Aqil dapat hidayah untuk mengambil tema cantik selepas mendengar lagu Senyum dendangan Najwa feat Malique… Lagu ni memperkatakan tentang kecantikkan wanita ,dan senyum yang mampu mengubah persepsi orang sekitar… bila fikir-fikir balik, banyak juga isu dan isi yang boleh dikaitkan dengan tema cantik ni..Setakat ini, draf kasar dah dibuat,Cuma tak pindahkan dalam bentuk bertaip saja…. Engatkan mudah , rupanya payah juga nak mencari sumber rujukkan yang menepati tema…Kali pertama mencari bahan rujukan sampai sesat dalam Perpustakaan Sultanah Bahiyah …hahah.. J Ada  kawan – kawan cakap skop penulisan yang dibuat mesti fokus pada satu – satu isu…Bagi Cik Aqil, bayak isu yang hendak  diketengahkan berkaitan cantik ni…huh~ tak tahulah samada diterima atau ditolak pihak editor ….hm…Jadi , sama – samalah kita nantikan , apakah Nur aqilah berjaya dengan draf yang dihasilkan? Jumpa lagi dalam entry yang akan datang…
Salam.. (^^,)v





 P/s: Musim konvo di UUM sekarang...Rasa berkobar-kobar nak belajar bila tengok siswa/wi pakai jubah...huhu (^^)

No comments: