*bismillah
*
*
*
*
semalam ....
aku mengenalimu
berbicara denganmu
bergelak tawa denganmu
tiada siapa cemburu
kerana hanya kita berdua menikmati hari itu
tetapi Tuhan masih sayangkanku
masih sayangkan dirimu
ditunjukkan hidayah padaku
supaya aku kembali ke pangkal hulu
jalan yang kulalui berliku
rupaya aku ditipu
kerana mereka pernah bersumpah setia janji dengan hati batu
akan menyesatkan anak cucu Adam sehingga akhirat-Mu
maka itu yang berlaku padaku
terbiasa dengan mereka yang bukan muhrimku
bila Allah mmberiku jalan itu
kuharung jua meski teman mengutukku
kerana aku lebih cintakan Dia yang menciptaku
Tuhan ...
semalam aku berdosa di hadapan-Mu
malam ini aku bermunajat pada-Mu
taubat nasuhaku
moga diterima di sisi-Mu
Cinta ini hanya untuk-Mu Tuhan
Aku tidak akan cintakan orang yang tidak kau redhai untukku
Cintaku hanya untuk insan yang mencintai-Mu
Mahalkah cintaku ?
Sesungguhnya hanya inilah sebenarnya yang dinamakan cinta...
credit:Bidadari Syurga:
No comments:
Post a Comment