Assalammualaikum...
Selamat hari Rabu , 4 Julai 2012, a.k.a 14 syaaban.. !! Here 1st update selepas melangkah keluar dari Sintok...ek..rushing ke sane sini menyenbabkan aku tak dan mengupdate belogg yg syok sendiri ni..keh3~ (cam bodo je gelak camtu..)ek..lantak la...ha..hari ni siape puasa sila angkat kaki?? magrib ni dah menjelang nisfu Syaaban...
tak lama lagi dah nak Ramadhan ..pergh..x sabar la rasanya...nak solat tarawikh sama-sama..., masak sama-sama...jadi..beberapa minggu yang tersisa sebelum Ramadhan ini..melepak sajalah diriku yang tembun di rumah sambil menggemukan badan dan menternak lemak ..ek..lagi-lagi orang badan pear shaped macam aku ni..mood nak try resepi membuak - buak ibarat laut yang tak bertepian...ek?(xde kaintan , sila abaikan) wengggg~
Bercerita fasal Nisfu Syaaban ni..anda-anda tahu ke ape tu nisfu Syaaban?? Haaa..siape tahu diam...siapa tak taw..meh cheq nak habaq mai...angpa baca btoi2 noh...
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab
bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam
Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan
Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
“ | Rasulullah telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri. Setelah Baginda selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.” | ” |
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang
Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku
catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru
akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
(Sumber:encik wikipedia )
Justeru,
pada Nisfu Syaaban kita digalakkan untuk berpuasa di siangnya serta
menghidupkan malamnya dengan memperbanyakkan ibadah seperti membaca
al-Quran, beristighfar dan melakukan solat sunat. Kemudian mohonlah doa
supaya diampunkan segala dosa, ditutup sebarang keaiban, dimurahkan
rezeki dan dimudahkan segala kesusahan.Pada malamnya sesudah Magrib, anda dianjurkan untuk membaca surah Yasin tiga kali, tiap-tiap satu kali bacaan Yasin, dibaca satu kali doa.
1.Bacaan pertama dengan meminta dipanjangkan umur.
2.Bacaan kedua dengan niat menolak bala.
3.Bacaan ketiga dengan niat terkaya daripada manusia.
No comments:
Post a Comment