Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Showing posts with label saya kongsi... Show all posts
Showing posts with label saya kongsi... Show all posts

20 Nov 2013

Allah lebih BESAR dari masalah kamu... :)

Assalam dan Salam luar biasa..:)

Alhamdulillah , masih lagi berkesempatan dalam menjengah belog Cik Aqil.. :) Sibuk dengan assignment , kerja bertanggguh ,  and student activities..  Korang pun mesti pernah kan? KERJA ..Hari2 KERJA... lalalala.. ( macam lagu group indie tu) heheh... stress must be one of the bestty companion korang..isn't it?

Jom renung diri bila ada ujian.. Actually i'm prefer to ujian rather then masalah.. Sebab bila set masalah, kita akan focus pada semua imagination, kepada cause ,consequences  and hasil produk yang tak best.Macam mana kalau macam ni? macam mana kalau macam tu? So bila ujian,ia lebih pada macam main game Candy Crush.. susah macam mana, Fail macam mana pun, and berapa kali korang out of Life, u still can play on the game .U still can fix it.. ur failure its not the final product, but it is actually  one of 1000 way to find your strength, upgrade ur skills and acchive ur Goal.  Untuk ke level seterunya, its up to your strategy, skills ,and fate... so dalam konteks hidup kita manusia yang betuah ni, fate itu disokong dengan doa dan usaha .. :)
 
Bila ada ujian, sepatutnya kita renung diri.. reflect balik ..Apa yang mendominasi diri kita? Bila bangun pagi, ce renung.. Bila ada ujian, pagi2 adakah kita terus p Twitter, FB, etc untuk buat liputan BBC news posting masalah atau terus cari Allah?..

Allah hu' akhbar.. It means that Allah Maha Besar.. setiap hari 5 kali seruan tu, and even in our solat pun we keep repeating it.. but the matter is, adakah ia benar2 masuk dalam diri kita?  Bila kita beriman dan yakin pada Allah Maha Besar , Maha kuat , so rasa stress out and tak tenang tu insha Allah will fade away.. Allah lebih besar dari masalah kita.

Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”. (Az-Zariyat: 56).

Dalam ayat ni , jelas menyatakan , segala fokus hidup kita ni pada Allah..Niatkan segalanya , apa yang kita buat , setiap tindakan hanya untuk dapat keredhaan Allah, bukan untuk mendapat penghargaan manusia. Tak sia-sia segala apa yang anda buat , tak terbatas pada pagar masjid saja yang dikira sebagai ibadat atau saham akhirat. Cuba anda bayangkan , assignment yang anda buat , student activities yang korang buat.... berapa ramai orang yang akan dapat  ilmu dan manfaat daripadanya? Bukan kah itu dikira sebagai ibadah? Niatkan nya untuk dakwah islamiah :)


 Tidak bahagia seseorang selagi dia tidah tenang. Tidak tenang seseorang selagi dia tidak yakin pada Allah. So orang yang berjaya adalah orang yang semakin dekat dengan Allah , yang yakin bahawa Allah lebih besar dari segala-galanya... Allah lebih besar dari masaalah mu ..

Bila rasa tak tenang, take a a deep breath.. berwudu' dan berdoa.. Ia akan meningkatkan vagus tone.nak tau tenang atau tak dalam hati ? Tengok apa respond kita bila ada benda negative berlaku Apa tindakan kita? .Rasakan dalam hati .  Formula ringkas untuk measure adakah kita stress atau tak.. dalam keadaan rehat or duduk.. Dalam 15 saat, kira berapa kiraan nadi kita darab dengan 4..Orang yang dalam keadaan tenang , kiraan nadinya adalah 60.. so kalau 80... maybe anda dalam keadaan stress.



Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata

 لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ

 Jangan takut kepada apa yang akan berlaku kemudian, samada negatif atau positif. Tapi tugas kita sebagai hamba dan khalifah di Bumi Allah ni ialah respond kita kepada apa yaang berlaku.

 
 Sebelum tidur , jom muhasabah diri, maafkan semua orang, pejamkan mata dan lemparkan kasih sayang pada orang yang kita sayang , parents, siblings, husband and kawan2. Pejam mata dan refleks apa yang kita buat hari ni, bayangkan kita untuk jadi orang yang lebih baik.Lebih beriman dan bertakwa, BUKAN apa yang kita dapat tapi SiAPA yang kita jadi .Selain amalkan ayat2 lazim.Sentiasa husnuzon kepada Allah..

Semoga sharing ini berguna untuk Cik Aqil anda anda..Thanks for reading..  Wallah hu ' alam.. :)





17 Jun 2013

Ujian Personaliti Anda semudah A,B,C!!

Assalam and selamat pagi dari Bumi Sintokyo!! ^^

Pergh...tak nak cam rajin la pulak pagi-pagi dah buka tenet ni nak share personality test hahah..
Actually , tadi blog walking sat and terjumpalah entry ni dari belog  INI :)

Ok ...korang dah ready ke? ( ceh .,..cam lagak host rancangan amazing race la konon.. puuih !!)
Lets , take a look to this image  dalam 9 square kat bawah nih ..No cheating a.k.a ngelat ek..


Ok , nampak ke tak?? Sape tak nampak alamak nye memang tak lame la ko sebab beso gedabak pon korang tak nampak...  Masaelah dengan mate ko tu..~ Gi la amek kanta  pembesar ke hape ~

Step seterusnya,pilih la salah satu dari imej dalam 9 square ni yang paling korang rasa mewakili diri korang ni camne.. kira cam simbol korang la.. yang paling korang rasa sesuai and sajak ngan hati nurani and karismatik korang yang ter ohsem tu...

Ok, dah ke?Muktamat? Jom kite check korang ni ape sebenonye~


*
*
*
*
*

 Pilihan no gambar dari kiri ke kanan, so kira no 1 ni gambar paling kiri dalam kotak paling kiri baris paling atas and so on and  so forth ..

1- Introspektif, Sensitif, Reflektif
Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain. Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian berbanding dengan bercakap perkara remeh. Perhubunan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang mengakibatkan perasaan baik. Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka masa yang panjang; anda jarang berasa bosan.

2- Berdikari, Tak Konvensional, Tak Tersangkut
Anda mengehendaki kehidupan bebas dan tak tersangkut untuk membenarkan anda menentukan arah tuju sendiri. Anda mempunyai kecenderungan seni dalam pekerjaan atau aktiviti riadah. Kadang kala, deskan anda untuk kebebasan menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan daripada anda.

3- Dinamik, Aktif, Ekstrovert
Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja yang menarik dan pelbagai. Sebaliknya, rutin berkecenderungan untuk meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda.
Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha anda yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata.

4- Terus Terang, Seimbang, Harmoni
Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit. Orang lain mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda. Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa selamat dan kelapangan. Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani. Anda menolak segala yang menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap kehendak trenda fesyen. Bagi anda, pakaian haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol.

5- Profesional, Pragmatik, Yakin Diri
Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada nasib. Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal dan tak rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan menanganinya tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang lain boleh bergantung kepada anda.
Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang lain. Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai idea-idea anda.

6- Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif
Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda berkawan dengan mudah anda menikmati persendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendi. Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.

7- Tanpa Bimbang, Berkelakar, Riang

Anda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut motto: "Anda cuma hidup sekali."
Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru; anda memajukan diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk daripada rasa diikat. Anda mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering menakjubkan.

8- Romantis, Pelamun, Beremosi
Anda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras sahaja. Perasaan anda membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup.
Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya dipandukan oleh rasionaliti. Anda tidak membenarkan sebarang kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.

9- Analitik, Amanah, Keyakinan Kendiri
Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya, anda suka mengelilingi diri dengan "permata-permata" yang anda temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian.
Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup anda. Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan dan ekskusif - serta bebas daripada olahan fesyen. Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan yang beradab. Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang yang anda berkawan.


Okies...Tu je nak share.. Untill then ..
Thanks for reading ...
W'salam.. :)

Tips Senaman untuk kecilkan Peha..

Assalam and olla peeps...

Hye readers....Just straight forward , no belok2 la okeh...based from what I shared in da previous entry tips-sedut-herbalife-untuk-si-pear.html , Today Cik Aqil nak share tips pasal camne nak kecilkan peha ecp. untuk geng-geng pear shaped or si drumstick comelz  la sangat cam aku ni ha... Lets check it out da superduper daebak  tips (gile rojak bahasa aku)
Tips2 ni iolls  baik punya cilok dari belog abg kevin zahri yg super ohsem ensem and perkasa body nye.. credit to blog abang kevin zahri ^^

1.‘Kerusi bayangan’

Berikut adalah panduan untuk senaman “kerusi bayangan”:
  • Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.Dinding gobok almari kat hostel korang pun boleh ...elak dinding bilik air or shower..(takut tergelincir ) jadi 1 hal plak an?
  • Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi ala2 artis ~
  • Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
  • Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’. >---> macam gambo ni
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.

    Pergerakan “menggunting”

    Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas,Then , Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.Tak pahan tengok sini haa..



    3. Pusingan bulatan

    Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda, bukan bantal anda! ok ?) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.Ingat, kaki yang gerak , bukan ur buuut ya~

    4. Melompat di atas trampoline

    Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda! Tapi hati -hati , klu duk umah falat ke aku tak suggest kan benda ni.. takut korang bobos dari tingkat 10 ke ground floor...tak ke naye? so agak-agak la ek..





    Ok , selain dari those tips yang aku share ni.. korang boleh jugak  berlari atau jogging, berjalan atau ‘walkathon’, dan berbasikal.Ni yang paling pemes la... Nak lagi syok and berkesan , anda /korang / cik /adik2/ akaq-akaq / sape2 je lah Hot Drumstick Chic' yang terasa nak buat ni ,boleh buat 3 aktiviti berikut dengan orang yang sekepala dengan uolls ,macam bespren , siblings , rumate terbaik, mama, abah , geng2 lepak makan  , hubby , incik tunang , incik pakwe atau teman tapi mesra..  Eg , Cik wok gi keliling tasek Darul Aman dengan encik wak mat.. aku rase macam nak terkelua je sume isi perut ni ha.. lame tak jogging..pancit kot.. (-,-''')

    So , jangan jadi sengal macam aku, lame tak joging, and yang paling penting..untuk beginner , jangan pakse diri uolls kay.. buat yang termampu je..  warming up and cooling down penting utuk elak cramp or sakit2 badan sendi korang..


    K , sampai ni je... stop dulu ...
    Thanks for reading! W'salam.. :)

6 Jun 2013

Tips Sedut Herbalife untuk si Pear shaped

Assalam  and salam pagi Jumaat  dari Sintokyo (mood- waving hands ^^ // ~)!!!
 (feelin overseas jap....bhahaha..) sila abaikan ~

K, pagi ni... After menyedut herbalife choclate shake + low fat chocolate...mula la rasa kembang mambang nye... And here, I have to confese something... aku KALAH dengan SUSU... yes...maka panggilan alam telah memanggil2 -manggil sebanayk beberapa kali...ini pun ada rasa lagi nih.. -.-""

Berbalik pada herbalife, aku consume ni coz nak menu sihat la alkononnya , pastu nak kawal nafsu makan yang mencanak -canak naik... gilo ko~ Ditambah stress and ke buzyian , I manage to gain weight dengan suksesnye sebelum ini!!! dalam 2 bulan naik 5.5 kg ko!! usia methabolism aku  dah jejak 26 years..tua tu... :'(




HERBALIFE

K ...untuk anda yang buzy sangat cam Cik Aqilah wok ni tapi nak reduce weight and healthy diet .. boleh la try Herbalife ni...  Senang jugak untuk detoxin pepagi or di waktu sepatutnya (detoxin = nama saintifik untuk berry2/b*y*k) Aku syorkan korang yang dah ada berat ideal tapi figure pear shaped cam aku , boleh amek shake... ade banyak flavor. , choclate, vanila, tropical fruit, starwberrys and kapochino..... dalam RM 171. tapi klu nak ambil tea mix set  , tambah dalam RM 123.++ if x silap..aku tak amek... sebab? Mahal kot, xde duit dah ~ korang boleh amek green tea yang ternyata lagi murah~ :') yg penting kawal nafsu la bai~ Herbalife ni just try an error je since aku memang suka mencuba benda2 aneh ni, belum cuba belum tahu kan?



EXERSICE SI PEHA BESAR PEAR SHAPED

Fokus untuk si  Buah Pear cam aku ni , focus exersice adalah from ur waist sampai betis , include drumstick ko tuh ok~ boleh kayuh sepeda/ basikal/gerek....boleh jogging ,  jogathon, walkathon or berjalan....  untuk tips camno nak kecilkan peha...Cik Aqil share len entry la kot..





CONTROL MAKAN / MINUM ?? 

Breakfast and dinner, aku consume shake.... so 2x sehari la.... Lunch ..makan apa saje... TAPI yang depa syorkan, 1 penumbuk tangan korang , karbohidrat= sumber tenaga, 1 tapak tangan korang , protein and 1 penyepak tapak kaki   tangan ( posisi tapak tangan dikembangkan)  sayuran =2 cups vegi  gitu ..haaa paham tak ? tak paham tengok sini....


Karbo kalau tak nak nasi sebab takut terover no, boleh ganti dengan roti gandum penuh 2 keping setiap hidangan , roti putih / cream adalah haram ye puan-puan..lagi beso peha ko nanti ~

Then , minum air secukupnya, 1 liter = 25kg , so 50kg 2 liter atleast ... untuk senang berry and penghadaman juga..Nak minum air manis, kurangkan gula...kalau ter overdost sugar in ur drink or minum karbonat drink.. cover balik dengan minum airsuam banyak2 k.

Untuk snek, korang letak la jajan , maggie, beskot manis , roti cheese and yang sedap2 tu sekadar di pinggiran .... Boikot la... x best pun untuk badan, tambah saham lemak and kolesterol badan je kang...gantikan dengan buah buahan atau biskut penuh oat untuk snek ...tapi makan berpada la ye...buag 1 cup sekali makan.. plus...senaman tu penting, klu hosteltu da tangga, lepas  makan jangan duk saja noh... jalan2 la naik turun tangga tu..1 weeks 2-3 kali senam as permulaan , 20 minit je...

ALERT

Alert dengan berapa banyak kalori yang diperlukan 1 hari, camna nak tau? boleh buat check up dengan mana2 kaunter Herbalife or checkup by nutritionist  or kat mana2 kempen kesihatan oleh kementerian, yg ni selalunya free je !!!! ... kadar air , bmi, usia dalaman, physique rating, musle mass ,bone mass dikira and kadar metabolisme anda dikira..kadar metabolisme = berapa banyak tenaga yg deperlukan as well as berapa banyak yg boleh dibakar...limitation korang boleh ambil makanan depend pada kadar metabolisma ni, dalam unit KCAL/KJ.. then pastikan tak ambil kuah yang berladong dengan  santan , minyak dsb.. ambil makanan yang x deep fry , less minyak dan garam ok.. :)


Bila beli makanan , ce tgk label, mesti ada tulis bp banyak kcal tiap set... Untuk makan biasa yang xda label cam makan yang mama masak (SUPER SEDAP HEDAP HOLIAW) sila rujuk webtsite ini cekodok.com

So , selamat  mencuba untuk dapat benruk  bentuk badan yang sihat geng2 Pear Shaped!!! Usaha, doa , tawakal ~ bhahaha..cam nak exam pula...

Thanks for reading! 
Assalam and tc :)



5 Jun 2013

Sementelaah mengisi KEBOSANAN- Edit Gambo jom!

 Asalam and Olla peeeps!!

Banyak sangat benda happen sambil aku sendirixdan  nak update...hahah~ malas sibok sebenarnya..
Percayalah sangat...

 Mood exam berpada-pada, berpana - pana menusuk ke jantung aku... sem ni malas banyak mau study.. asik nak tidoq je...6  paper sem ni , tapai jarak2 ... last paper aku jarak nye 1 week.. omomomo..  botak pale fikir nak buat ape. kan..



K , this time nak share application untuk merealease kan tensi korang .. dah lame kot application ni..
meng edit dan mengcombine gambo korang,kawan korang , seleb kesayangan korang,  pakwe korang, mak ayah or even pets kesayangan korang untuk dijadikan sesuatu makhluk berupa orang atau orang2 atau alien yang seumpamanya.. senang je  ..just ikut je instruction yang depa provide.... Korang boleh la visit website ni morphthing.com  Besides, its free babeh!!!!! ^_^ (suke no ko bende free nih aqil~) ..

Contoh nye . aku morph gambo cik wok + wak mat = baby boy baru




Dan lagi.. gambo dengan seleb pulak..(cikwok+cikaqil+Eugene Kim +Kim Bum)..Kesian muke depe jadi cam apam bla combine dengan muke aku.. ~!








K, tu saje ...nak sambung study MPE...haha serok u ollz!! 
Try la an error ye..
Thanks , klu menyinggah /membace/menengok or memview..
Bubai!
Assalam. ^^

18 Oct 2012

Anda tahu ke tak? :Badan kita macam mesin basuh

Assalam ...Happy Thursday !! 

Apake sengal Happy Thursday??

 memang  pon..sebab esok dengan bangganya tak da ape2 class yg menghambat aku... Great happy day! Kedah cuti Jumaat weh!! yebaba!!! :) Letih seh bergelumang dengan kekuatan fizikal dan mental yang tak berapa nak center , berjuang menghabiskan assignment Dr Rei Nakamura pasal ethnicity and the related problematic issue..sahih,, terang lagi bersuluh lampu jalan,aku dengan Cik Fara V pulun buat last minute....padan muke sejibik..tak tido dr pkl 4am sampai la ni..seronok gila!! (dengan gaya tangan dua-dua kat dada, mata pandang ke ateh..ala-ala Cik Jah gelang)..yang penting . IT ALREADY DONE BABE!!! ^^, syukur alhamdulillah..

Korang mesti setuju kalau aku cakap buat kerja last2 minute ni akan menbuak kan idea yang mencurah-curah ke ladang gandum samapai tak larat nak tadah...sebab , bila buat awal2 pun degil gila kot idea tu takmo kluaq!! air Oligo dah 2,3 cawan...idea dok tagha tu jugak...paling hebat , dapat la 1 paragraph..tak gitu?

paling terok pon korang akan jadi macam ni...(sila abaikan hidung jawe jambu air tu.. ) 
 Badan kita macam mesin basuh

Hari tu aku and Cik Shera da pergi health consultation kat booth Herbalife during Expo Keusahawanan MISC...banyak la input yang kami dapat...yang bestnye, aq tau yang aku semakin mokmok(gemok) hahaha.. jisim tulang aku kurang tumpat 3.0...jisim tulang normal 23.0..then , umur metabolisma aku 20 ..YES!!! 20...so means that I lg muda dr usia sebenar,yeah2 syukur2!!
but over all, Cik Aqil still maintain BMI..ideal kau!! ntah...(ntah2 ko kne tipu dengan minah health consultant tu.. =.=) cuma lemak dibadan agak berlebihan dek kerana lifestyle yg "sihat" gila since dok menjana lemak dan babat semenjak duit ptptpu masuk nih...wkwkwkw... -.-

Hah..pe2 pun ..according to minah health consultant tu...kita kena makan based on metabolisme kita..setiap 25kg, kita harus minum at least 1 liter air...badan kiat ni ibarat washing machine , kurang air kurang bersih la baju kita..same goes to sistem penghadaman kita...cukup air, maka sistem penyahtinjaan a.k.a "beyaK" kita pun smoth je..bagus tau because throungh "that"process , boleh menyahkan toksik2 dalam badan angpa weh~ :)

ok la ..nanti aku update lagi entry  pasal badan , and macam mn nk reduce weight dengan healthy way..

tengz for reading my entry..:) wassalam..take care ;)




25 Sept 2012

Tarbiah Hari ini: untuk teman , sahabat, yang bersedih


Assalammualaikum and happy Wednesday guyz.. (19092012= 1- Zulkaedah1433 H) :)

Alhamdulillah..praised to the almighty Allah !!  Masih dimurahkan rezeki di Bumi Sintok ini.. Dek kerana program and xtvt yang bersusun-susun,, maka penyakit genetik konginental "homesick" di awal -awal pembukaan sem ni x terasa sangat.Plus, I'm senior rite know..so ..boleh la berkerek-kerek sikit...wkwkwkwkwkw.. (abaikan~)

Eh?? tu kenapa monyok cam tempe basi ek?Takmo le korang beresedih-sedih..Meratapi kekurangan diri hanya akan memadamkan rasa syukur and memudaratkan erti bahagia...If korang nak bahagia, silalah appreceate diri tu ye...elak bandingkan diri dengan sesiapa...Bersaing dengan diri sendiri dahulu untuk bina kekuatan. :)

I'm who I'm....she's who she's...they  are who they are..There might be similarities but we are not the same..We were born with originality..see?? So ..don't you ever let someone be your world because when they leave , you'll have nothing..



Buat teman, sahabat, dan kawan-kawan yang mungkin sedikit berdukacita. Allah sentiasa ada! :)

----
Hasbunallahu wa ni'mal wakeel.
Cukuplah Allah sebagai penolong kita

----
Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

----
Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

Mintalah kepada Allah dan janganlah merasa lemah. Jangan kamu katakan: "Andaikata aku melakukan ini dan itu, pasti akan jadi begini dan begitu."

Tapi katakanlah: "Allah telah menentukan takdir manusia, dan apa yang Dia kehendaki pasti akan terjadi."

P/s: sayangi diri kamu..LOve Allah , rasul and your parents....:)

Sesungguhnya kata "kalau" akan membuka peluang kepada hasutan Syaitan. (HR Muslim)

8 Aug 2012

Tips khusu' berdoa :)

Assalammualaikum !!!

Amacam? lagi beberapa hari nak masuk ke fasa terakhir bulan Ramadan...
Kejam - celik (2x) dah sampai dah kite semua kat train terakhir sebelum sampai ke Syawal..Apa khabar hati? Apa khabar ibadat? Hope there are good news there.. Got progress in your ibadah ok? insyaAllah..

Antara elemen terpenting dalam ibadah ialah niat dan doa..tapi korang tahu tak camane nak tingkat kan focus    time doa? Haa..meh nak share sikit..






19 Jul 2012

Tips ketika puasa





As salam and good friday :)
As we enter this blessed month of mercy, I give you this advices to myself first, and to all of you.. :)



Tips semasa berpuasa :

1.Wajibkan  mengamalkan pengambilan makanan ketika sahur. Sunat Melambat-lambatkam sahur, tapi agak - agakla... jangan la sampai terlajak ke Azan Subuh pulak ye..Ia akan membantu anda  bangun untuk solat Subuh. Makan sahur adalah Sunnah. Dan makan pagi ini secara umumnya diiktiraf sebagai hidangan yang paling penting hari ini. Jangan terlebih makan macam dah takde hari esok!!!beri tumpuan kepada mengambil makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks dan protein, buah-buahan atau sayur-sayuran, dan air yang banyak. Sebagai contoh: telur dengan roti bakar gandum, keropok  denganbeberapa mentega kacang, beberapa keping oren, dan dua gelas air. Tak pun makan je la nasi dengan  lauk yang simple..almaklumlah, tekak orang melayu katekan..

2.Ikut Sunnah: berbuka puasa dengan kurma dan sama ada susu, air atau jus buah-buahan.(seeloknya makanan   yang belum dijamah api  ) Selepas solat maghrib, terus dengan starter ringan seperti sup dan keropok. Setelah lama berpuasa, anda perlu untuk menstabilkan  paras  cecair dan paras gula dalam darah  anda tanpa overdoing... I mean, dah seharian berpuasa , time buka puasa tu jangan la melantak tak hengat dunia..Besides, sistem pencernaan dan yang sewaktu dengannya akan terkejut dek tiba-tiba disumbat dan didesak untuk bekerja keras nak hadam makanan  anda.Jangan MEMBAZIR..Ramadan BUKAN bulan pesta makan tapi bulan UPGRADE iman!!

3.Semasa waktu malam, silalah melawan godaan untuk minum teh, kopi, dan soda. Apabila melawat kawan-kawan atau keluarga,(tak pun time lepas terawih a.k.a "moreh") Lebih elok jika anda  meminta segelas air kosong a.k.a "skyjuice".Pengambilan kafien akan menghalang penyerapan zat -zat makanan.

4.Seelok-eloknya, sebelum tidur , patikan anda sudah minum at least  8 gelas air ..diulangi, paling kurang..NO SUGAR OK!! sebab anda dah ber sugar-sugar sangat time buka puasa tadi  kan? Lepastu elak lah melantak ice sebab anda akan merasa tersangat kering tekak ketika waktu siang hari dikala berpuasa.. Habis kempis muke(=.= ") Dalam kata lain , ia dinamakan hidrasi..faham? kalau rasa dahaga, dianjurkan membaca surah Al-Qausar..insyaAllah..ok punye! (^^,)

5.Elakkan makanan goreng dan pedas kerana ia boleh menyebabkan pedih hulu hati atau indigestion.Nak makan boleh, tapi sikit-sikit je ok.. =)

6. Lakukan aktiviti fizikal yang ringan 1/2 jam before berbuka puasa seeloknya.Tak payah la nak berjoging sakan , angkat dumb bell or buat erobik + poco-poco! .Cukup lah dengan berjalan atau senaman ringan ..:)

7.Disamping tu, dalam bulan ni digalakkan untuk bertadarus, memperbanyakan sedekah,solat tarawikh, Qiam dan berdoa sepanjang berpuasa dan sebelum berbuka.waktu-waktu ni mustajab tau! um..apelagi ek? Haa, jaga pancaindera, akala dan hati dari perkara-perkara yang boleh membatalkan dan mengurangkan pahala puasa.Jangan sampai pahala tu jadi -ve okies!! jangan la tengok or donload cite h***** or P***.. cakap pun kat orang pun jangan la maki-maki pun , or jangan la bantai tido je seharian dr sahur samapai la nak buka puasa.. solat wajib korang langgar je dengan konpiden nye..ish..last2 , dapat lapo and dahaga saje.. padan le muke korang..T_T

Al-kesimpulan.. "Sesungguhnya berpuasa itu bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga, malahan mendidik diri untuk menahan diri daripada penyakit qalbun (hati) iaitu marah, sombong, iri hati serta dengki.Semoga kita mendapat barakah , keampunan dan rahmat sepanjang bulan yang mulia ini.. Don’t let this Ramadan be just a holiday of rituals."



Dari kata-kata my friend, "Don’t finish reading the Quran without understand the meanings and transformation. Don’t feed your body at sahur, but starve your heart of Qiyam. Don’t reduce this downpour of mercy to just a month of sweets and lavish iftars. Seek Him, you will find. Take a sincere step towards change, transformation, redemption. If you do, you will find Him in front of you. Find Him this month. He’s been there all along. Closer than your jugular vein. Look and you’ll find. Walk and you’ll arrive :) "


::Gudluck and all the best for this becoming Ramadan! Semoga kita diberikan taufik, hidayah dan keampunan.. :)..As salam..ChaW!! ::

4 Jul 2012

Anda tahu tak ? Kenapa rezeki susah masuk?

Assalamualaikum dan semoga bersemangat!!


 Maka , dengan ini , saya menyeru kepada anda ..Tetaplah BERSEMANGAT  even though ada anda-anda yang berpuasa today! (Khamis = 15 Syaaban) Syabas ye!! puasa perut, puasa  nafsu jaga iman! Semoga selamat ke garisan penamat menjelang Magrib.. siapa tak ganti lagi puasa ?Ha,  boleh la sama-sama menjoinkan diri anda dalam acara puasa sempena bulan Syaaban ni ye...insyaallah.. (^^,)v sama- sama lah kita practice on the way menuju bulan Ramadhan ..So perut kita tak da la tekejut gamak sangat time 1st day puasa..ye tak?

Ek?? tu dah kenape mulut muncug boleh sangkut hanger? aiyoo~ cam tempe basi sudah..hahah..uick?? rezeki lambat masuk? today tak da luck or so what ever?ish..tak baik merungut  tau.um..Today ada sikit info nak share bersama anda-anda..(ceh ..gile poyo macam pakar motibasi pule) .. Apa-apalah..sharing is caring kan? wukikiki~ ish.cam bodo je gelak camtu


Sobolum apo-apo terjadi..den nak ingatkan sikit yang den da maleh bona nak menaip actually..so eden just print screen jo jah! ..hahah..xdapat eden nak nolong  dek  kemalasan ni..

"Jom kita sama-sama hindari mana-mana dari list ni yang ada dalam diri kita dalam sedar atau tidak. Mudah-mudahan kita semua dimurahkan rezeki dari Allah SWT dan diberi keberkatan dalam kehidupan. Amin "

Wallahualam.. :>





3 Jul 2012

Anda-anda tahu ke ape tu nisfu Syaaban??

Assalammualaikum...

Selamat hari Rabu , 4 Julai 2012, a.k.a  14 syaaban.. !!  Here 1st update selepas melangkah keluar dari Sintok...ek..rushing ke sane sini menyenbabkan aku tak dan mengupdate belogg yg syok sendiri ni..keh3~ (cam bodo je gelak camtu..)ek..lantak la...ha..hari ni siape puasa sila angkat kaki?? magrib ni dah menjelang nisfu Syaaban... 

tak lama lagi dah nak Ramadhan ..pergh..x sabar la rasanya...nak solat tarawikh sama-sama..., masak sama-sama...jadi..beberapa minggu yang tersisa sebelum Ramadhan ini..melepak sajalah diriku yang tembun  di rumah sambil menggemukan badan dan menternak lemak ..ek..lagi-lagi orang badan pear shaped macam aku ni..mood nak try resepi membuak - buak ibarat laut yang tak bertepian...ek?(xde kaintan , sila abaikan) wengggg~

Bercerita fasal Nisfu Syaaban ni..anda-anda tahu ke ape tu nisfu Syaaban?? Haaa..siape tahu diam...siapa tak taw..meh cheq nak habaq mai...angpa baca btoi2 noh...

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri. Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

(Sumber:encik wikipedia )

Justeru, pada Nisfu Syaaban kita digalakkan untuk berpuasa di siangnya serta menghidupkan malamnya dengan memperbanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, beristighfar dan melakukan solat sunat. Kemudian mohonlah doa supaya diampunkan segala dosa, ditutup sebarang keaiban, dimurahkan rezeki dan dimudahkan segala kesusahan.Pada malamnya sesudah Magrib, anda dianjurkan untuk membaca surah Yasin tiga kali, tiap-tiap satu kali bacaan Yasin, dibaca satu kali doa.

1.Bacaan pertama dengan meminta dipanjangkan umur.
2.Bacaan kedua dengan niat menolak bala.
3.Bacaan ketiga dengan niat terkaya daripada manusia.


 


14 Aug 2011

MOOD: >Kind of ting tong today…(!_?)!@#$%


Salam 15 Ramadhan

Recent activities Cik Aqil, checkin Hana Tajima at her blog n lookin for her new style...  Mengusha2 jugak d FB pasal satin shawl, tp stock da byk yg sold out….. agak frust jugak la..Actually , I just newly started to change my style…lame suda pakai shawl yg old fasion nih…But, I’m not so sure whether this new look suitable with me…so…untuk permulaan , nak try out pashmina dlu and satin .. lebih praktikal..(Yakin jep, padahal x try g..)plus, its look simple compare to other style yang ade renda2 n bertenggek2…look ok pd org lain, BUT not for me…(x reti pon ye jugak).. huhu:P
Update news terkini,
>telah berjaya buat cup cakes…(my 1st try)HOyeah!!! (^^,)v
>Dato’ Lee chong wei jadi 1st runner up pd Kejohanan Badminton Dunia..Telah dikecewakan oleh Lin Dan yg agak berkelakuan “poyo”..xpelah ,xde rezeki, forsure semangat Chong wei patut dipuji cz it was really a nice game … sedih plak tgk air mate chong wei mlm td..huk3~

>Eksklusif di Berita Harianhari ini, melaporkan , 

OKies..stop now cz tibe2 macam tersemangat nak buat Biskot Badam...ahaks!!
SALAM..
DOTZ..


 p/s: agak2, da berape kg turun bulan pose ni??hmm...


10 Aug 2011

Mood hari ni... macam ...(@!#$%$^)...lemau...

Salam...

Hopefully ...sentiasa produktif dan aktif dengan semangat baru...haha...(poyo je)...sbb sekarang Cik Aqil memang lemau....aish~ (--_ )...manakala Wak Mat pule dalam mood pra diserang demam...asik ahcoooom!!2 saje..cyan...Cik aqil plak br je lega diserang DEBASE = demam +batuk+selsema


Sangat lemau ..... Bukan ape...tapi sekadar nk luahkan rasa unsatisfied pada pengurusan satu IPTA yang Cik Aqil dapat...setiap kali call ...feed back yang diberi berbeza-beza...macam nak x nk je angkat call...walaupun puasa, x bermakna blh buat kerja sambil lewa!! Pendekkan cerita, Cik aqil dpt intake ke IPTA ni, ..(alhamdulillah)...namun , yg lemau thp lagi lemau dr beskot kering dalam Tin tu ialah , surat tawaran and document x dapat ....x dpt x pelah kan, kot2 de kat post office cz alamat x btl (but da tgk, still kucewa...NOTHING  =( ) or else they can take some action regarding to this matter...1st call , staff nye  kata , it should be alright if i just print out through their website, but actually its still not complete...then I called and keeps calling untill dpt 1 kepastian...For me,  time 1st call hari tu they suppose to  take actions like post balik ke ke sini, ambil  my no matrik  , contact number n so on....then , after some argue between my abah sbb benda ni , br la pagi td... Cik aqil di"handle" oleh staff  yg ok En aminudin ...terima kasih En Aminuddin sbb amalkan etika kerja yg betul...hopefully, by next week ( plg lambat) dpt la sume doc n etc.cz its really important to student like me n yg di luar sn yg senasib utk dapat saluran yg betul...sebarang kelekaan dan sikap sambil lewa staff2 gov blh sbbkan permohonan kami ditolak or face problem... Haish...geram ni~  (~_~ ') ...abeh kurang pahala puasa...org 1st yg  jd victim bebelan Cik Aqil ialah Wak Mat...(sorry, xtaw kamo sakit..ngee..=P ) rase lega ckit pas luahkan sume..hohoho..Mmg klu dah dasar habit ckp x benti cam Cik Aqil ni, klu x luahkan rasa x tng ...hohoho..nasib la sp jd laki nanti...

k la...better tdo... (=  = )kajian menyatakan ,tdo adalah satu medium yg blh neutralkan otaq yg bengong  dan rasa negetaf dlm diri ni...bgn2 tdo t ringan blk kot pale...insyaallah..

Dotz... SalaM..... 

26 Jul 2011

pagi ini di KTM Kulaijaya...penghantaran pulang .. >--->Nur Afiqah






salam...

Hopefully in the pink of health...This morning kind of busy...nk kene mandi pagi2 untuk hantar fifi balik ke maktab menaiki train kat KTM Kulaijaya...(perasaan??exited seh...sbb diri sendiri pon x pernah naik  :P) Ala2 cerite "Harry Potter" p hantar bebudak masuk skolah dengan keretapi..tp dlm cerite tu kat King Cross , LOndon..


Nak dibandingkan dengan Fifi ..mama and Cik Aqil lagi xcited...Ciap ambil gambo g untuk mengisi kekosongan waktu akibat "train delayed" dr Woodland..adalah dlm 1 jam lbh ..









gaya ala2 model..hehe


koch R2..selmat sudah si Fiify berangkat...akhirnya..






 sampai sini saje..

coming up next , pic time konvokesyen..

DOT's.. (^^)v