Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Nov 2011

Minggu pertama setelah cuti panjang yang senang - lenang

Salam (^^,)
Beberapa hari ini line internet agak low di MISC…..nak post blog pun susah… Entah kenapa , rasa rinsu sangat pada mama , family dan orang tersayang…Esok , secara rasminya , keputusan UPSR 2011 akan keluar…Mesti bersebar – debar adik Cik Aqil si Nina tu… Doakan yang terbaik saje lah..Insyaallah…apa- apa yang berlaku adalah Qada’ & Qadar dari Allah..Hidup mesti diteruskan !! Fighting!!! ^^
Setakat ni…terdapat kemajuan dalam proses penulisan Cik Aqil.. ada kemajuan !!! Cuma tinggal ayat Tesis saje yang perlu dimantapka n lagi..Ayat tesis tu ialah ayat yang  menjadi panduan pembaca untuk mengesan hala tuju karangan.Ia biasanya wujud pd awal perenggan..Dengan membaca ayat tesis , pembaca mampu memahami isi kandungan karangan.
Mengenai pandangan Islam tentang kecantikkan. Ia menyatakan bahawa Allah itu cantik dan suka pada kecantikkan.. Dalam Islam hukum bersolek dan  bercantik-cantik bagi wanita ada pelbagai keadaan, ada hukumnya wajib, sunat, makruh dan haram, bergantung kepada keadaan dan niat atau tujuan ia dilakukan. Masyarakat Melayu telah memperkatakan tentang kecantikkan –terdapat banyak kiasan tentang kecantikkan yang diperekatakan dalam peribahasa/simpulan bahasa/pantun/bidalan.. Konsep penjagaan kecantikkan wanita dari luar dan dalam seperti  pemakaian bengkung selepas bersalin/pemakanan jamu dan ulam – ulaman / petua kecantikkan dan sebagainya.
Apa yang pasti, kecantikkan sangat subjektif ..Bergantung pd penilaian  mata dan hati. Namun , wanita pada hari ini sangat obsess  mengejar kesempurnaan kecantikkan luaran hingga sanggup berhabis duit, masa, tenaga semata- mata untuk cantik.Ada juga yang terpaksa mengorbankan diri menahan kesakitan untuk menjadi cantik seperti  tuntutan masyarakat atau norma masyarakat sekeliling seperti orang di Mauritania Afrika yang mengamalkan pemaksaan makan  makanan tenusu kpd gol.  Wanita sjk usia 5-6 tahun agr mereka  menjadi gemuk krn prinsip di sana “the bigger  the better”… Namun , kaum wanita ini terpaksa menderita risiko kesihatan spt , obesity,diabetis, skt lutut dan sbgnya…(Haaa…macam 2 dunia ni)…
Bagi Cik Aqil….Cantik itu subjektif, namun untuk cantik biarlah beserdehana.Kecantikkan  luaran hanya pada mata kasar, yang terpenting  adalah kecantikkan dalaman seperti akhlak dan keikhlasan hati .Segalanya akan terpancar keluar bila mempunyai hati dan akhlak yang cantik.
W’salam..
p/s: esok Kuiz penulisan..apalah agknye soklan yang keluar?huh~ (~~_)

13 Nov 2011

entry penulisaku yang ke dua ....

Salam dan semoga sentiasa luar biasa…
Semoga berada dalam limpah rahmat dan lindungan daripada –Nya…Hari ini hari terakhir kuliah di UUm sebelum cuti semester menjelang tiba… Dengan semangat berkobar – kobar, beg dah dikemas 2 hari yang lalu…hahahah…Semangat nye!!!! (^^,)//
Cuti kali ni disemarakkan lagi dengan tugasan yang bersusun-susun untuk dibuat…  tapi bile dah “mood” kat rumah…tahu2 je la.. banyak godaan , ntah siap atau tidak? Cik Aqil pun tak tahu.,.
Petang tadi sempat Cik Aqil singgah ke library universiti untuk extend  tempoh pinjaman buku  untuk rujukkan penuklisan cantik…Tajuk dah dipilih secara kasar iaitu, Cantik: Obsesi Wanita dan Natijahnya. Cik Aqil hadapi sedikit kesukaran untk mengembangkan isi …setakat ini bahan – bahan artikel telah dikumpul sedikit demi sedikit daripada majalah dan surat khabar.Nasib baik la  UUM ni murah hati dan memahami naluri student yang “RAJIN” macam Cik Aqil ni, maka mereka tak kenakan charge untuk excess maklumat daripada Bliz,YE!!! Ianya dalah free of charges!! .Secara umumnya, Bliz ialah satu aplikasi carian arkib berita berbentuk penulisan , rencana atau laporan berita daripda surat khabar seperti NST, Berita Harian, Utusan Malaysia, Bernama dan lain – lain. Porses pengumpulan  bahan dan idea agak tergaanggu dek assignment untuk subjek lain yang kian menghambat…huhu..(padan muke!!! Sp suruh wat kje saat2 akhir..) haish~
Hm…bercakap pada tentang cantik…..Siapa agaknya yang dapat memberi definisi dan ciri-ciri tepat tentang apa yang dikatakan sebagai 'cantik'?
Cantik adalah sesuatu yang sangat subjektif. Setiap orang mempunyai definisi kecantikan masing-masing.
Mungkin bagi Cik Aqil, cantik adalah begitu dan begini, tapi bagi anda, lain pula.Masyarakat Melayu kita pun sudah lama memperkatakann isu ini dalam bait – bait kata yang indah,
Tiada siapa dapat memberi definisi tepat tentang cantik.
Mata lah yang akan mendefinisi cantik. Mengikut , pada pandapat seorang penulis blog dari http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/960-siapa-yang-cantik.html , barat sudah pun mempengaruhi definisi cantik pada dunia dan hampir seluruh dunia memakai definisi cantik barat.Kadang kala, cantik juga didefinisi mengikut tempat, kaum dan budaya.
Kalau di barat sekarang, the thinner the better, tapi berbeza pula di Mauritania, Africa, the bigger the better.
Orang di barat berperang dengan aneroksia dan bulimia akibat mahu kurus, sebaliknya di Mauritania, wanita mengamalkan 'makan paksa' sejak berumur 5-6 tahun untuk gemuk, agar menjadi cantik dan mudah mendapat jodoh.Sungguh berbeza kan? Definisi kecantikan yang sungguh berbeza.
Pokok pangkalnya, tepuk dada Tanyalah iman dan hati…Kecantikkan luaran sahaja tidak cukup jika tidak berteraskan kecantikkan dalam , dan yang terpenting cantik pada pandangan Allah s.w.t..Insyaallah.. (^^,)v
W’salam…
P/s: entry ini ditulis sebelum cuti (23.10.2011), tapi oleh kerana beberapa kesulitan teknikal maka ia baru saja dapat di”posted” hari ini…hehehehehe…maaf ye puan..