Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 Dec 2013

Cik Faridah si kicik: Favourite girl..

Assalam  and selamat pagi .. awal pagi beeps... 
Jam lappy menunjukkan pukui 4.00 am, and I'm still wide awake babe..

Apekezela lah.. Semalam..erk? btl la , ni kira hari baru..(2 hari aku x tdo, boleh?) .. aku terskip lagi class Pak Syafi'e.. "sorry pak .. maapin ya.. meningan malam kelmarin saya tidurnya agak telat pak.. " otak mengarang ayat untuk hari Rabu ni.. Dasar tak sedar diri punye budak.. 23 hb ni dah exam Cik Aqil woi.. -.-''

Bukan tu yang aku nak share.. Nak ngade2 egeh2 syok sendiri share pasal one of my fav girl since aku hidup atas muka Bumi Allah ni..

Faridah Su'udi.. Kira cam adik beradik dah we ollz ni.. Even time school dlu aku agak pelik and susah nak close dengan orang.. Tapi minah ni la jeng3 jadi besty aku since form 4..

Awak , even kita selalu macam terbuli awak...Terajo awak benda merapu, memonteng , mendajal dan lain2 keseronokan yang patut dinikmati high school students time tuh.. hehehe... But u still remain by my side.. Sober or happiness.. Thanks gilaz2..

 Thanks sebab share mak and ur family dengan kita.. Share baju, cokelat, bantal , bilik air , bedak , twiestis, pinggan nasik awak , kuah celok, lip balm and etc.. Just xmo share berus gigi and laki je dengan awak.. ngeh3.. :3

Time flies but those memories doesn't fade away. .. 1001 secret recipe kite orang share sekali.. Bila balik rumah mak (panggilan untuk mak Faridah ) kat Majidee hujung bulan, rutin  before tido selalu chitchat  sampai kena sound dengan mak suruh tido.. Tapi curik-curik  gossip bawah gebo ( panggilan selimut dalam loghat Johor) sampai tertido sendiri...Punye la syok, merepek perkongsian sampai peberet carton and peberet **** pun aku hold.. hahai..

 

Punye kami sepakat botingkek- tingkek.. Aku and Faridah p amek result SPM tengah hari sebab nak elak member2 tanye.. Kate kat parents , result lambat kua walhal azebedelah , pagi tu dah kua..Pastu time sampai kat akak kerani sekolah.. Buat muka seposen setengah mintak result exam.. Atas nama persahabatan yang bergelora , we olls janji redha and xmo nanges bila dapat result and buka result serentak..kira macam ala2 treaties la aku dengan minah ni.. (kah3.. statement bajet macam study awal ko.. -.-"")

Bila bukak  result....

Dupdapdupdap.......

Krik3 ~~~ ###

Faridahkecik: Aqil , awak camne result , ok? ( sambil menunjukkan barisan gigi yang memang putih  keemasan)
Cik Aqil: okey .. (dengan muka cool , steady habis) walhal .. hampas kurasa ..punah la cecite nak jadi wartawan .. BM aku x score A macam selalu.. PADAH.. ober konpiden ..
Paaaag!!
Cam nak tersedek idung aku bila cikgu BM aku , Cikgu Rahman,yang sepet lalu on the spot and terus tanya result aku,, Cis.. and question first, Aqilah,, apa awak dapat BM ? ... Aku sentap and cover je la kolam lopak ayaq mata ni..  Control beb..her3..










Result aku xde la best mane pon .. sesuai la dengan usaha aku yang x seberapa .. Xteruk  sangat , tapi tak gempaq macam kawan2 lain.... :#

Pendekkan cerita, cecita aku nak jadi wartawan / ID (interior designer) tersekat tengah jalan .. Besty aku ni sambung pra-u and pass with flying color gitu.. manakala aku yang poyo and happy go crazy sambung study kat politeknik dalam diploma accounting..  jauh btl aku menyimpang , walhal SPM x amek account pun and aku x minat since aku budak pure science. -.-'' .. :#

Alhamdulillah.. Even jalan kami berbeza, kami berjaya sambung study ke menara gading.. Dah grad dah minah ni dari USM and jadi working lady kat satu well establish company di ibu kota JB , while aku , which I have to say.. I should learn in a hard way I guess.. Aku selamat habiskan pengajian diploma tanpa REPEAT.. yaay! kerja lebih kurang setahun  and currently,  I'm working on my degree , still struggle dalam tahun akhir pengajian di UUM , Bachelor in International Affair Management (Hons).. Jauh kan aku menyimpang lagi? ..

 

So ...  La tahzan , Innallah ha maana  .. :) Kita semua adalah istimewa dan insan terpilih untuk mengubah nasib diri and keluarga .Every moment in our story make we grow stronger and matured. .Experience is the best teacher to urself..  .Doa minta dari Allah,  kurniakan kekuatan jiwa dan minda.Dia adalah sumber tenaga yang paling besar. sumber tenaga Yang takkan pernah habis.Kekalkan tenaga positif dalam diri supaya dapat menarik perkara-perkara positif di sekeliling kita

Where you start does not important.Where you end matter.Insyallah



Untill then.. 
Thanks for reading.. 
Assalam..






20 Nov 2013

Allah lebih BESAR dari masalah kamu... :)

Assalam dan Salam luar biasa..:)

Alhamdulillah , masih lagi berkesempatan dalam menjengah belog Cik Aqil.. :) Sibuk dengan assignment , kerja bertanggguh ,  and student activities..  Korang pun mesti pernah kan? KERJA ..Hari2 KERJA... lalalala.. ( macam lagu group indie tu) heheh... stress must be one of the bestty companion korang..isn't it?

Jom renung diri bila ada ujian.. Actually i'm prefer to ujian rather then masalah.. Sebab bila set masalah, kita akan focus pada semua imagination, kepada cause ,consequences  and hasil produk yang tak best.Macam mana kalau macam ni? macam mana kalau macam tu? So bila ujian,ia lebih pada macam main game Candy Crush.. susah macam mana, Fail macam mana pun, and berapa kali korang out of Life, u still can play on the game .U still can fix it.. ur failure its not the final product, but it is actually  one of 1000 way to find your strength, upgrade ur skills and acchive ur Goal.  Untuk ke level seterunya, its up to your strategy, skills ,and fate... so dalam konteks hidup kita manusia yang betuah ni, fate itu disokong dengan doa dan usaha .. :)
 
Bila ada ujian, sepatutnya kita renung diri.. reflect balik ..Apa yang mendominasi diri kita? Bila bangun pagi, ce renung.. Bila ada ujian, pagi2 adakah kita terus p Twitter, FB, etc untuk buat liputan BBC news posting masalah atau terus cari Allah?..

Allah hu' akhbar.. It means that Allah Maha Besar.. setiap hari 5 kali seruan tu, and even in our solat pun we keep repeating it.. but the matter is, adakah ia benar2 masuk dalam diri kita?  Bila kita beriman dan yakin pada Allah Maha Besar , Maha kuat , so rasa stress out and tak tenang tu insha Allah will fade away.. Allah lebih besar dari masalah kita.

Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia, kecuali agar mereka beribadah kepada Ku”. (Az-Zariyat: 56).

Dalam ayat ni , jelas menyatakan , segala fokus hidup kita ni pada Allah..Niatkan segalanya , apa yang kita buat , setiap tindakan hanya untuk dapat keredhaan Allah, bukan untuk mendapat penghargaan manusia. Tak sia-sia segala apa yang anda buat , tak terbatas pada pagar masjid saja yang dikira sebagai ibadat atau saham akhirat. Cuba anda bayangkan , assignment yang anda buat , student activities yang korang buat.... berapa ramai orang yang akan dapat  ilmu dan manfaat daripadanya? Bukan kah itu dikira sebagai ibadah? Niatkan nya untuk dakwah islamiah :)


 Tidak bahagia seseorang selagi dia tidah tenang. Tidak tenang seseorang selagi dia tidak yakin pada Allah. So orang yang berjaya adalah orang yang semakin dekat dengan Allah , yang yakin bahawa Allah lebih besar dari segala-galanya... Allah lebih besar dari masaalah mu ..

Bila rasa tak tenang, take a a deep breath.. berwudu' dan berdoa.. Ia akan meningkatkan vagus tone.nak tau tenang atau tak dalam hati ? Tengok apa respond kita bila ada benda negative berlaku Apa tindakan kita? .Rasakan dalam hati .  Formula ringkas untuk measure adakah kita stress atau tak.. dalam keadaan rehat or duduk.. Dalam 15 saat, kira berapa kiraan nadi kita darab dengan 4..Orang yang dalam keadaan tenang , kiraan nadinya adalah 60.. so kalau 80... maybe anda dalam keadaan stress.



Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata

 لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ

 Jangan takut kepada apa yang akan berlaku kemudian, samada negatif atau positif. Tapi tugas kita sebagai hamba dan khalifah di Bumi Allah ni ialah respond kita kepada apa yaang berlaku.

 
 Sebelum tidur , jom muhasabah diri, maafkan semua orang, pejamkan mata dan lemparkan kasih sayang pada orang yang kita sayang , parents, siblings, husband and kawan2. Pejam mata dan refleks apa yang kita buat hari ni, bayangkan kita untuk jadi orang yang lebih baik.Lebih beriman dan bertakwa, BUKAN apa yang kita dapat tapi SiAPA yang kita jadi .Selain amalkan ayat2 lazim.Sentiasa husnuzon kepada Allah..

Semoga sharing ini berguna untuk Cik Aqil anda anda..Thanks for reading..  Wallah hu ' alam.. :)





30 Jul 2013

Tangisan Syria Di Bumi Jordan

Assalam...

Selamat berpuasa... Seputar tentang isu antarabangsa yang sedang bertali arus terutama sekali isu membabitkan saudara seIslam aku di Palestin,Syria dan baru - baru ini Mesir.. Aky terpanggil untuk buat entry mengenai isu di Syria..

Well, it just a short caption about what really happening in Syria .. Pertelingkahan antara Sunni (Ahlil sunnah wa' jama'ah)  and Syiah ( pengikut agama "Islam" yang pada masa yang sama begitu taksub dengan sahabat Rasulullah s.a.w _ Saidini Ali b Abi Thalib r.a.)

Umum mengetahui bahawa, acap kali berita , blog dan macam2 lagi media melaporkan tentang kezaliman and oppression yang dibuat terhadapkaum muslim and muslimin berpegang pada ajaran Ahlul sunnah wal jama'ah : ecspacially  wanita , kanak-kanak , warga tua and semestina para pemudi pejuanh syahidin..

Tapi , apa yang aku nak story kat sini , adalah mengenai kaum eksplotasi terhadap kaum wanita Syiah yang tak kurang hebat nya.. erk.. bagi aku di negara ini pun tak kurang juga hebatnya, haha .. well said #kotengok laiklankat TV  tu jah~Untuk pengetahuan korang , merekan yang berfahaman syia'ah bukan sahaja ada di Syria, bahkan di Iraq and Iran..

Di Iraq, mereka telah memujuk kaum wanita ats nama Syiah untuk dihantar ke Syria atas tujuan kononnya sebagai penyedia makanan ,  bibik cleaner or even perawat bagi tentera Syiah yang berjuang di sana. Apabila sampai disana, shocking , they were forced in a marriage -nikah mut'ah which is already being banned in Islam since zaman Rasulullah s.a.w. Tujuan perkahwinan mu'tah ini ala-ala macam kawin kontrak untuk tempoh tertentu , bagi wanita-wanita Iran ini, mereka diekspoitasikan bagi tujuan pemuas nafsu seks tentera-tentera Syiah. :(


Thing going worse , bila meraka pulang ke negara mereka , it is so sad  to note that , some of them were killed by their own family member who can't accept the truth toward what really happen to their daughter or sister.. Even , obviously bukan salah pompuan2 tu pun!! (emo -.-"") Kes ini ala-ala jenayah kehormatan yang meragut maruah wanita-wanita ni... Walhal, mereka ni dipaksa untuk melakukan Mu'taah dan most of them yang balik semula dari "perkhidmatan " tu telah hamil hasil dari "perkahwinan" Mu'taah.. Kes ini juga telah ditentang oleh beberapa " ahli bijak pandai" Syiah sendiri.. erm . News ni dipetik dari sini dan FB https://www.facebook.com/TangisanSyriaDiBumiJordan

Photo: ‎Lihatlah betapa kejinya perbuatan Syiah ini..

Di Iraq, mereka telah memujuk kaum wanita di atas nama ulama Syiah untuk dihantar ke Syria atas tujuan kononnya sebagai penyedia makanan, cleaner dan perawat bagi tentera Syiah yang berjuang disana. Apabila sampai disana, rupanya mereka telah dipaksa untuk berkahwin mu'tah dengan pihak tentera bagi memuaskan nafsu seks mereka.

Apabila mereka pulang ke negara mereka, sesetengah mereka telah dibunuh oleh kaum keluarga mereka yang tidak dapat menerima jenayah kehormatan yang dilakukan sehingga menghilangkan maruah mereka. Walhal sebenarnya mereka telah dipaksa untuk melakukan Mu'tah dan kebanyakan daripada perempuan yang pulang dari sana sedang hamil akibat mu'tah tersebut. Kes ini sebenarnya telah ditentang oleh ahli bijak pandai daripada Syiah sendiri.

Sumber: http://www.freesyrianarmy.co/جرائم-الشرف-في-العراق-تحصد-أرواح-الم/‎

Di rantau ASEAN ini, lain pula eksplotasinya, aku kira umum sudah cukup masak benar dengan isu "human trafficking" pemerdagangan manusia yang desebabkan "debt bondage" atau kebergantungan hutang..

Contoh terdekat, just switch on the Tv and turn to local tv channel, baik gov atau swasta, iklan pelaris produk  kecantikan ,kesihatan , services , tudung sampailah ke iklan kerata and tayar ..semuanya menggunakan wanita.. Apa yang menyedihkan , matlamat menghalalkan cara sehingga syariaat diabaikan ..
Cuma aku puji satu stesen TV ni yang jelas menekankan dan sensitif terhadap apa sebenarnya konsep Islam itu pada akidah dan sebagai  Addin - Islam is the way of life.. Program-program dan commercial jelas tak bertentangan dengan ajaran Islam itu sendiri yang syumul. :)

Therefore,. I do really hope this will end up soon yet it seems unreachable.. :( But I always have faith to the Lord  Allah....   Ya Allah, jauh kan lah kami dari segala kegilaan dan malapeta ini.. Lindungilah saudara-saudara seIslam kami yang berjuang menegakkan panji - panji agamaMu di Bumi Anbia' .. Ya Allah ...berilah kemenangan kepada Mujahidin agar kebiadaban Assad dapat segera dihentikan .. Amin...

Wallahua'alam...
Thanks for reading! Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan ni..take care!! ^^

25 Jun 2013

Farewell- Goodbye untuk Nor :'(

Assalam and semoga anda sihat dari sindrom haze yang melanda...

 Ini kali cerita pasal farewell yang tak seberapa untuk cik No yang cantik ni.. :( Last Thursday.. after paper IPE, gue, Shera and Kyla  sangat shock .. No' announce kan yang that day was her last day siting for examination in UUM .. Guess what?? No' dapat SPA sebagai incik2 nurse di Segamat Johor for three years....gojezz kau!!! Alhamdulillah.. since minat No' dari matrik dulu memang dalam medical..ntah cam mana la No' tercampak dalam management ? same la macam aku ni..huhu

Happy for her TAPI yang cam terkilan, if she told us earlier so that we could prepare something as a  gift for her.. Kan? sampai kaki ko No' tak mau habaq kat kami? Maka dengan penuh sebak sebek, drama, and tears going through our eyes.. kami peluk2 la petang tu, esok la last day No' kat UUM..

She is my loyal and gud listener I told u.. Yet a good advisor  (selain Fa'an Taufiqah) for my prob and always laugh and cry together since we shared alots of  " gurl story" .. hahah.. No' sangat soft spoken, smart, cantik tu of coz and sabar.. Positif.. argh ..pokoknya semua yang baik2 ada pada No'.. gap umur kami 3 tahun , so aku anggap minah ni cam adik2 aku ja.. best sangat ada sista and jiran camni.. memang sajak la No' jadi nurse!! ^^

Deep inside , terasa la minah ni nak p jauh.. Its true... Its is very hard to accept the reality that you will never see or hear that person, maybe  for entire of your  life. You can only remember her  and mesmerized the days spent with that person... So sad but it is reality we have to live with those memories






Tapi lepas ni aku kena la belajar handle sendri curhat (curahan hati)..kena beli stapler sendiri since aku selalu je pinjam benda tu dari sem 2 lagi kot ..hahah Teruk gila ko ni Aqil! -.-"" No' pembekal cream muka and kerepek kat aku, so lepas ni suma tu I've to do with on my own.. hukhukhuk ~ (kesat2 ingus) T_T

So, kami berempat deside untuk buat satu party steamboat untuk No' since diorang ni suma memang hantu mengkedarah  suka steamboat .. weuhuu..same jela dengan orang yang menaip nih..

Lokasi bertempat di BBQ Steamboat , Alor Setar depan pintu Hospital Sultanah Bahiyah.. Aku bagi 3 bintang setengah je kot.. Aku prefer steamboat Rynas kat Perlis lagi.. Untuk review ni, aku buat entry lain.. semak la kat sini..
sedih2 pun baila bab makan mesti happy ..hehehe~ :)

Later on, snap2 la beberapa pic-cer dekat tugu UUM tu hah..banyak gambaq tak jadi kot.. Aku just bagi NO' bookmark spring  shout out festival je coz tu je yang ada gamabr kami berlima , aku , Cik Syera, Kyla and Fa'an..





 "Goodbyes are not forever. Goodbyes are not the end. They simply mean I'll miss you until we meet again."
Pesan ve olls untuk Cik No'::
Abaikan mata aku yang terpeleot tu...


*********

Good Luck No' for ur future undertaking!! Ukhwah fillah untill jannah ..inshaAllah.. ve olls sayang No' ketat2..Our memories of yesterday will last a lifetime. We'll take the best, forget the rest, and someday we'll find these are the best of times....Semoga menjadi incik nurse yang cantik , gojezz and berdedikasi.. Selamat berbakti untuk agama , bangsa dan negara..cewahhh!! 

 Better to stop now untill merepek lagi Aqil!

Untill then.. Thanks for reading this entry..
Assalam..Tc
"

17 Jun 2013

Ujian Personaliti Anda semudah A,B,C!!

Assalam and selamat pagi dari Bumi Sintokyo!! ^^

Pergh...tak nak cam rajin la pulak pagi-pagi dah buka tenet ni nak share personality test hahah..
Actually , tadi blog walking sat and terjumpalah entry ni dari belog  INI :)

Ok ...korang dah ready ke? ( ceh .,..cam lagak host rancangan amazing race la konon.. puuih !!)
Lets , take a look to this image  dalam 9 square kat bawah nih ..No cheating a.k.a ngelat ek..


Ok , nampak ke tak?? Sape tak nampak alamak nye memang tak lame la ko sebab beso gedabak pon korang tak nampak...  Masaelah dengan mate ko tu..~ Gi la amek kanta  pembesar ke hape ~

Step seterusnya,pilih la salah satu dari imej dalam 9 square ni yang paling korang rasa mewakili diri korang ni camne.. kira cam simbol korang la.. yang paling korang rasa sesuai and sajak ngan hati nurani and karismatik korang yang ter ohsem tu...

Ok, dah ke?Muktamat? Jom kite check korang ni ape sebenonye~


*
*
*
*
*

 Pilihan no gambar dari kiri ke kanan, so kira no 1 ni gambar paling kiri dalam kotak paling kiri baris paling atas and so on and  so forth ..

1- Introspektif, Sensitif, Reflektif
Anda dapat memahami diri dan persekitaran anda dengan lebih kerap dan mendalam jika dibandingkan dengan kebanyakan orang lain. Anda bencikan kedangkalan; anda lebih sanggup bersendirian berbanding dengan bercakap perkara remeh. Perhubunan anda dengan rakan-rakan adalah amat intensif; ini memberikan harmoni dan ketenangan dalaman yang mengakibatkan perasaan baik. Anda tidak keberatan bersendirian bagi jangka masa yang panjang; anda jarang berasa bosan.

2- Berdikari, Tak Konvensional, Tak Tersangkut
Anda mengehendaki kehidupan bebas dan tak tersangkut untuk membenarkan anda menentukan arah tuju sendiri. Anda mempunyai kecenderungan seni dalam pekerjaan atau aktiviti riadah. Kadang kala, deskan anda untuk kebebasan menyebabkan anda melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang dijangkakan daripada anda.

3- Dinamik, Aktif, Ekstrovert
Anda rela menerima risiko-risiko tertentu untuk mendapatkan kerja yang menarik dan pelbagai. Sebaliknya, rutin berkecenderungan untuk meninggalkan kesan lumpuh pada diri anda.
Anda suka sekali berupaya memainkan peranan aktif dalam peristiwa dalam hidup anda. Dalam usaha anda yang berkenaan, inisiatif diri sangat nyata.

4- Terus Terang, Seimbang, Harmoni
Anda menghargai gaya natural dan suka perkara yang tak rumit. Orang lain mengagumi anda kerana anda praktikal dan mereka boleh bergantung kepada anda. Anda memberi orang yang rapat dengan anda rasa selamat dan kelapangan. Anda dipersepsikan sebagai orang yang mesra dan insani. Anda menolak segala yang menyilaukan dan lapuk. Anda berkecenderungan untuk berasa skeptik terhadap kehendak trenda fesyen. Bagi anda, pakaian haruslah praktikal dan tampan tanpa menonjol.

5- Profesional, Pragmatik, Yakin Diri
Anda menguasai hidup anda dengan lebih mempercayai usaha sendiri daripada nasib. Anda menyelesaikan masalah dengan ragam yang praktikal dan tak rumit. Anda memandang secara realistik unsur-unsur dalam hidup dan menanganinya tanpa ragu-ragu. Anda diberi banyak tanggungjawab di tempat kerja kerana orang lain boleh bergantung kepada anda.
Kekuatan azam anda yang menonjol menunjukkan sifat keyakinan diri kepada orang lain. Anda tidak berpuas hati sepenuhnya sehingga anda telah mencapai idea-idea anda.

6- Tenang, Berhati-hati, Tak Agresif
Anda mudah berbicara tetapi bersifat berhati-hati. Walaupun anda berkawan dengan mudah anda menikmati persendirian dan kebebasan. Anda suka memencilkan diri dari masa ke masa untuk merenung tentang erti hidup serta menikmati sendirian diri. Anda memerlukan kelapangan, jadi anda berlepas ke tempat bersembunyi yang permai. Namun, anda bukan penyendi. Anda berdamai dengan diri sendiri dan dunia, serta anda menghargai hidup anda dan apa yang ditawarkan oleh dunia ini.

7- Tanpa Bimbang, Berkelakar, Riang

Anda suka hidup yang bebas dan spontan. Anda cuba menikmati hidup anda dengan sepunuhnya mengikut motto: "Anda cuma hidup sekali."
Anda bersifat ingin tahu dan terbuka kepada segala yang baru; anda memajukan diri atas perubahan. Tiada yang lebih buruk daripada rasa diikat. Anda mengalami persekitaran sebagai sesuatu yang versatil dan sering menakjubkan.

8- Romantis, Pelamun, Beremosi
Anda seorang yang sensitif. Anda enggan memandang dari segi rasional dan waras sahaja. Perasaan anda membawa erti yang sama penting. Anda berpendapat bahawa harapan adalah penting dalam hidup.
Anda menolak orang yang mencaci romantisme dan hanya dipandukan oleh rasionaliti. Anda tidak membenarkan sebarang kongkongan terhadap variasi perasaan hati dan emosi anda.

9- Analitik, Amanah, Keyakinan Kendiri
Perasaan halus anda bermutu tinggi dan tahan lama. Akibatnya, anda suka mengelilingi diri dengan "permata-permata" yang anda temui sendiri apabila orang lain terlepas perhatian.
Justeru itu, kebudayaan memainkan peranan khas dalam hidup anda. Anda telah menjumpai gaya peribadi sendiri, yang tampan dan ekskusif - serta bebas daripada olahan fesyen. Kehidupan anda adalah berlandaskan ideal diri iaitu kesukaan yang beradab. Anda menghargai sesuatu tahap kebudayaan daripada orang yang anda berkawan.


Okies...Tu je nak share.. Untill then ..
Thanks for reading ...
W'salam.. :)

Tips Senaman untuk kecilkan Peha..

Assalam and olla peeps...

Hye readers....Just straight forward , no belok2 la okeh...based from what I shared in da previous entry tips-sedut-herbalife-untuk-si-pear.html , Today Cik Aqil nak share tips pasal camne nak kecilkan peha ecp. untuk geng-geng pear shaped or si drumstick comelz  la sangat cam aku ni ha... Lets check it out da superduper daebak  tips (gile rojak bahasa aku)
Tips2 ni iolls  baik punya cilok dari belog abg kevin zahri yg super ohsem ensem and perkasa body nye.. credit to blog abang kevin zahri ^^

1.‘Kerusi bayangan’

Berikut adalah panduan untuk senaman “kerusi bayangan”:
  • Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.Dinding gobok almari kat hostel korang pun boleh ...elak dinding bilik air or shower..(takut tergelincir ) jadi 1 hal plak an?
  • Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi ala2 artis ~
  • Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
  • Pastikan badan anda tegak semasa ‘duduk’. >---> macam gambo ni
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.

    Pergerakan “menggunting”

    Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas,Then , Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda.Tak pahan tengok sini haa..



    3. Pusingan bulatan

    Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda, bukan bantal anda! ok ?) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.Ingat, kaki yang gerak , bukan ur buuut ya~

    4. Melompat di atas trampoline

    Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda! Tapi hati -hati , klu duk umah falat ke aku tak suggest kan benda ni.. takut korang bobos dari tingkat 10 ke ground floor...tak ke naye? so agak-agak la ek..





    Ok , selain dari those tips yang aku share ni.. korang boleh jugak  berlari atau jogging, berjalan atau ‘walkathon’, dan berbasikal.Ni yang paling pemes la... Nak lagi syok and berkesan , anda /korang / cik /adik2/ akaq-akaq / sape2 je lah Hot Drumstick Chic' yang terasa nak buat ni ,boleh buat 3 aktiviti berikut dengan orang yang sekepala dengan uolls ,macam bespren , siblings , rumate terbaik, mama, abah , geng2 lepak makan  , hubby , incik tunang , incik pakwe atau teman tapi mesra..  Eg , Cik wok gi keliling tasek Darul Aman dengan encik wak mat.. aku rase macam nak terkelua je sume isi perut ni ha.. lame tak jogging..pancit kot.. (-,-''')

    So , jangan jadi sengal macam aku, lame tak joging, and yang paling penting..untuk beginner , jangan pakse diri uolls kay.. buat yang termampu je..  warming up and cooling down penting utuk elak cramp or sakit2 badan sendi korang..


    K , sampai ni je... stop dulu ...
    Thanks for reading! W'salam.. :)

6 Jun 2013

Tips Sedut Herbalife untuk si Pear shaped

Assalam  and salam pagi Jumaat  dari Sintokyo (mood- waving hands ^^ // ~)!!!
 (feelin overseas jap....bhahaha..) sila abaikan ~

K, pagi ni... After menyedut herbalife choclate shake + low fat chocolate...mula la rasa kembang mambang nye... And here, I have to confese something... aku KALAH dengan SUSU... yes...maka panggilan alam telah memanggil2 -manggil sebanayk beberapa kali...ini pun ada rasa lagi nih.. -.-""

Berbalik pada herbalife, aku consume ni coz nak menu sihat la alkononnya , pastu nak kawal nafsu makan yang mencanak -canak naik... gilo ko~ Ditambah stress and ke buzyian , I manage to gain weight dengan suksesnye sebelum ini!!! dalam 2 bulan naik 5.5 kg ko!! usia methabolism aku  dah jejak 26 years..tua tu... :'(




HERBALIFE

K ...untuk anda yang buzy sangat cam Cik Aqilah wok ni tapi nak reduce weight and healthy diet .. boleh la try Herbalife ni...  Senang jugak untuk detoxin pepagi or di waktu sepatutnya (detoxin = nama saintifik untuk berry2/b*y*k) Aku syorkan korang yang dah ada berat ideal tapi figure pear shaped cam aku , boleh amek shake... ade banyak flavor. , choclate, vanila, tropical fruit, starwberrys and kapochino..... dalam RM 171. tapi klu nak ambil tea mix set  , tambah dalam RM 123.++ if x silap..aku tak amek... sebab? Mahal kot, xde duit dah ~ korang boleh amek green tea yang ternyata lagi murah~ :') yg penting kawal nafsu la bai~ Herbalife ni just try an error je since aku memang suka mencuba benda2 aneh ni, belum cuba belum tahu kan?



EXERSICE SI PEHA BESAR PEAR SHAPED

Fokus untuk si  Buah Pear cam aku ni , focus exersice adalah from ur waist sampai betis , include drumstick ko tuh ok~ boleh kayuh sepeda/ basikal/gerek....boleh jogging ,  jogathon, walkathon or berjalan....  untuk tips camno nak kecilkan peha...Cik Aqil share len entry la kot..





CONTROL MAKAN / MINUM ?? 

Breakfast and dinner, aku consume shake.... so 2x sehari la.... Lunch ..makan apa saje... TAPI yang depa syorkan, 1 penumbuk tangan korang , karbohidrat= sumber tenaga, 1 tapak tangan korang , protein and 1 penyepak tapak kaki   tangan ( posisi tapak tangan dikembangkan)  sayuran =2 cups vegi  gitu ..haaa paham tak ? tak paham tengok sini....


Karbo kalau tak nak nasi sebab takut terover no, boleh ganti dengan roti gandum penuh 2 keping setiap hidangan , roti putih / cream adalah haram ye puan-puan..lagi beso peha ko nanti ~

Then , minum air secukupnya, 1 liter = 25kg , so 50kg 2 liter atleast ... untuk senang berry and penghadaman juga..Nak minum air manis, kurangkan gula...kalau ter overdost sugar in ur drink or minum karbonat drink.. cover balik dengan minum airsuam banyak2 k.

Untuk snek, korang letak la jajan , maggie, beskot manis , roti cheese and yang sedap2 tu sekadar di pinggiran .... Boikot la... x best pun untuk badan, tambah saham lemak and kolesterol badan je kang...gantikan dengan buah buahan atau biskut penuh oat untuk snek ...tapi makan berpada la ye...buag 1 cup sekali makan.. plus...senaman tu penting, klu hosteltu da tangga, lepas  makan jangan duk saja noh... jalan2 la naik turun tangga tu..1 weeks 2-3 kali senam as permulaan , 20 minit je...

ALERT

Alert dengan berapa banyak kalori yang diperlukan 1 hari, camna nak tau? boleh buat check up dengan mana2 kaunter Herbalife or checkup by nutritionist  or kat mana2 kempen kesihatan oleh kementerian, yg ni selalunya free je !!!! ... kadar air , bmi, usia dalaman, physique rating, musle mass ,bone mass dikira and kadar metabolisme anda dikira..kadar metabolisme = berapa banyak tenaga yg deperlukan as well as berapa banyak yg boleh dibakar...limitation korang boleh ambil makanan depend pada kadar metabolisma ni, dalam unit KCAL/KJ.. then pastikan tak ambil kuah yang berladong dengan  santan , minyak dsb.. ambil makanan yang x deep fry , less minyak dan garam ok.. :)


Bila beli makanan , ce tgk label, mesti ada tulis bp banyak kcal tiap set... Untuk makan biasa yang xda label cam makan yang mama masak (SUPER SEDAP HEDAP HOLIAW) sila rujuk webtsite ini cekodok.com

So , selamat  mencuba untuk dapat benruk  bentuk badan yang sihat geng2 Pear Shaped!!! Usaha, doa , tawakal ~ bhahaha..cam nak exam pula...

Thanks for reading! 
Assalam and tc :)



5 Jun 2013

Sementelaah mengisi KEBOSANAN- Edit Gambo jom!

 Asalam and Olla peeeps!!

Banyak sangat benda happen sambil aku sendirixdan  nak update...hahah~ malas sibok sebenarnya..
Percayalah sangat...

 Mood exam berpada-pada, berpana - pana menusuk ke jantung aku... sem ni malas banyak mau study.. asik nak tidoq je...6  paper sem ni , tapai jarak2 ... last paper aku jarak nye 1 week.. omomomo..  botak pale fikir nak buat ape. kan..



K , this time nak share application untuk merealease kan tensi korang .. dah lame kot application ni..
meng edit dan mengcombine gambo korang,kawan korang , seleb kesayangan korang,  pakwe korang, mak ayah or even pets kesayangan korang untuk dijadikan sesuatu makhluk berupa orang atau orang2 atau alien yang seumpamanya.. senang je  ..just ikut je instruction yang depa provide.... Korang boleh la visit website ni morphthing.com  Besides, its free babeh!!!!! ^_^ (suke no ko bende free nih aqil~) ..

Contoh nye . aku morph gambo cik wok + wak mat = baby boy baru




Dan lagi.. gambo dengan seleb pulak..(cikwok+cikaqil+Eugene Kim +Kim Bum)..Kesian muke depe jadi cam apam bla combine dengan muke aku.. ~!








K, tu saje ...nak sambung study MPE...haha serok u ollz!! 
Try la an error ye..
Thanks , klu menyinggah /membace/menengok or memview..
Bubai!
Assalam. ^^

1 Apr 2013

Buat kamu..sang perenung bulan Ilahi..

Assalam ..
Buat aku dan kau ..

Sang perenung Bulan Ilahi.. 

Ya Allah, jagakan hatinya. Jagakan hatiku juga. Aminn

If you...

Assalam..
Salam April..

*
*
*
*
*
*
"Hanya nukilan monolog diri ini....."
****






 إذا حارَ أمرُكَ في مَعْنَيَيْن *** ولم تدرِ فيما الخطا و الصواب    

 

فخَالِفْ هَوَاكَ فإنَّ الهوَى *** يقودُ النفوسَ إلى ما يع

If you are caught in confusion between two matters,
And you don’t know what is right and what is wrong.
At that point, disobey your desires; for indeed desires,
Only lead the soul to what is blameworthy and wrong.

 

 


24 Mar 2013

Ada apa dengan umur ??

 Assalam and happy bright hot sunny day from Sintok ~ (-.-"") nampak x peloh2 ni?

Panas sangat kat sini sampai tahap p beli kipas br and tala kat muka...suhu kat sini max. boleh cecah 40'c kawan2..Ya .. 40!! aku x tipu...sebab kami dah dekat dengan garisan khatulistiwa and chuping  which is tempat paling panas kat malaysia.. So ..mama , abah ,cik pah , cik mah umah sebelah and cik bed ujung kampungku..jangan buat muka tempe penuh pelik jika Cik Aqil balik dengan muka gelap , hitam penuh keunggulan..sun block pun x dapat memblock sinar UV ni...maka berlakulah tanda - tanda  pigmentasi dan penuaan  dek sinaran UV yang direct ...even aku pakai payung cap dacing ni TT_TT..

Betapa simple minded nya aku (Y_Y)

Besok dah besday aku...seperti beberapa sebelumnya..ianya hanya aku lihat sebagai pertambahan angka debelakang angka 2 itu..  21.. 2_ , and so on and so forth..tak de ape2 pun..for me..just go with the flow...let the time decide for you...Aku ingat lepas SPM kena smbg belajo..spt org2 terdahulu dalam family belah mama, depa akan sambung study , baik matrik, asasi, form 6 or diploma.... maka tradisi aku teruskan dengan sambung diploma akauntasi even memang aku tak da jiwa langsung..SBB? aku pikir lepas study aku akan dapat qheja cam kazen2 aku yang lain...pastu pakai keta... pakai cantik2 , ada duit sendiri..then buat PJJ time qheja(kot?) ....by 25, I should have my own financial sources...then,mau kawen..ahhahaha...(-.-"") senang gila cara aku pikir..tak termasuk pun dlm planing  aku nak bayo PTPT pu....tak termasuk pun dlm plan aku camne nak compete dlm working field, fight dgn orang lain dengan result aku yang x ngam2 3.0 ni ha..sbb ...aku aku tak pernah terpikir aku tak akan tak dapat kje yg sesuai dengan kelayakkan aku..TAK AKAN!! haha,..betapa Gila konpidennye aku di saat itu. ..

Langit tak selalunya cerah dengan matahari tersengeh padaku ..

Ha'ah ...memang pun... life kje aku tak best and gempak sangat macam org lain...dengan gaji as accounting clerk at bookstore kat bandar Jb  sebanyak 1k ++ tak da langsung menjamin utk saving beli keta , kawen jauh berkali-kali... cukup2 makan ja ..campo mkn, cab, bagi mama, bayar api air bil and loan PTPTpu...maka tinggal la sikit baki2 ..byk mn debit , byk yu lah credit..plus..aku tak suka gila keja aku yang bukan jiwa aku..!!! Ibarat kawen dengan orang yang angpa tak suka,,..even aku boleh buat kja and jd pekerja kesayangan bos aku..pastu blm masuk yg envy2 lagi kat tempat kja..dengan kena pijak2 lagi dengan orang atas ko sebab ko diploma saje..plus environment kje yang senyap gila macam bisu dalam opis account tu,semua kawan ngan pc ..siap da cctv lagi~giLa tensi  beb!!! maka ,,atas dorongan parents and Wak Mat..aku apply la smbg study... time ni baru la tau betapa tinggi rendang  nye langit..berbekalkan result aku yang suam2 kuku tu. aku hanta CV merata-rata..p interview tak tau nk kata..tp semuanya..hampa~ ceh!(macam ayat jiwa2 la pulok)..
time ni la baru menyesal..study dulu tak penah  nye pikir . berjolly jelly dengan loan PTPTpu..target asal lulus sudah , pastu tau nk pakai jubah konvo.. so..menyesal tak sudah la.. klise..tapi sungguh dikata.. time susah baru nak INGAT TUHAN.. :,(

Lepas hujan nampak pelangi ..Syukur..\\ ^^//


 Memang unpredictable.. Aku dapat sambung belajar kat UUM ..yeay!! plus Wak Mat dapat Uitm .. kira ok la.. Bagi aku macam miracle gila la denga pointer aku yang ala2 ni.. So aku tak peduli la even dah 23 la ni and tak kawen2.. bila orang tanya aku umoq bapa and i'm saying 23.. they were just like starering sharply and buat muka 0.O macam tekejot badak..hahah.. For me...why should we shame about our age since I'm proud to be my self..aku bukan tak kje or kawen sebab berjolly2 or duk rumah habiskan bogheh abah mama ..i'm studying beb!! plus its fardhu kifayah..ibadah.. !!! :)


so..For those yg seperti aku... jangan rasa down sangat,,,there's always rainbow after rains...have faith with Allah... He knows the best .. problems or difficulties might be 1 of the ways untuk mentarbiah kita sebagai hamba... trust me.. one more.. plan your work then work your plan...do the best then lets Allah do the rest..! Hidup hanya sekali ...nikmat sihat tak tahu kita kecapi sampai bila,, ntah esok lusa Allah tarik kembali...maka gunakan kesempatan uang ada,..grab evey chances while you can before you regreting it babe.. ^_^ ..




Oklah..panjang nye aku membebel..huhuu~
Thanks sebab membaca... ^^
Assalam..!!








24 Feb 2013

Mari Berbakti :BAKSIS PERDANA 2013

ASSALAM... 
 
Seronok tak hari ni ??? Lagi2 pada u ollz yang baru masuk sem baru kat Uni tu...
Minggu2 awal sem macamni .. biasanya still lengang lagi... ada my kos mate after aweek add drop baru mai class... still in Gong Xi Fa Choi mood le tu...makan banyak sgt limau.. tambah ini hari cap goh meh diorang.. berlimau lemau la u ollz ye..jkk..~

Lama seh tak membedal keypad kat lappy ni untuk entyry baru...Sebab malas and line interneT which is Wi-F*** yang low and sometimes tak dapat tghuih habaq ang ,.. Rasa macam ada manusia yang bawak router tarik line tenet yang kami share bersame ni untuk kegunaan Sdn Bhd.. "Non HALAL" tu weh..tak beretika dan bersivik btoi.. ceh.. Dari curik line kecil-kecilan..besok lusa dah jd orang besau..ko curik besar-besaran ..sampai lembu pun blh ilang jadi kondo?? haha Al Kisah orang kita.. ade ajelah yang senget nye..(sarkastik tak? -.-")

Jadi.. berdasarkan list down  yang dah dibuat aritu  entittled "Azam Baru aku".. aku nak jadi orang yang berguna , back to me yang aktif (konon!!!) dan get rid of my boring and lemau lifestyle sem lepas..maka ..aku mengambil pendekatan untuk menjoinkan diri program Baksis under DPP MISC kat kampung Chepor.Lenggong Perak..Dengan over dan konfiden nye  aku tarik sekali jiran aku si No' and Qyla Kyky..

Kampung Lenggong ni adalah kampung tradisi yang just ada dalam 200 family je..semua nye ramah and rata-rata membahasakan diri dengan panggilan keluarga mcm pah = opah, maklang noriah, pakngah ali and bla3..dari pintu masuk kampung , sampai la hujung kampung ..semua mejo ada kaitan kefamilyian..hahah.. penin aku nak memorise semua name tu..

Mula2 risaula jugak , takut penerimaan orang kampung camne kan? pastu enviroment nye..kot la tandas kat luar rumah mcm cite hantu kak limah tu kan?? hik3.. ,plus takut  culture and custom yg odd .. pastu dah la x kenal mane pun others yang join..(mostly dak2 ajkps)..eh.banyak nye pastu?
..ghahahaha.

but alhamdulillah.. it all went well.. aku je yang parenoid lebih..hahah..dapat serumah dengan jihah. rumah kampung plus batu yang selesa...time mak and abah angkat aku sebaya dengan abah and mama,, abah angkat aku tu pesara tentera and mak pula sekarang sedang run business stokis kecantikan secara kecil-kecilan. the best things is fresh air nye and sumber air dari bukit sekeliling kampung... sejuk gila kot!! hari 1st aku and jihah tak mandi pagi..hahah..nak zohor tu baru kami mandi.. Difahamkan..since last year.,..kawasan lenggong di diwartakan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO..wah..gila hebat gak tempat ni.. info : museum Lenggong..which were visited before we reach the kampung.. sini la asalnya perak men tu.. ^^

Kami banyak buat aktiviti bersama penduduk kampung , macam sukan neka, netball and futsal, UUM vs Org kampung Chepor.. Malam kebudayaan , gotong royong sekitar kampung , kuboq and masjid..Ada rewang2 kenduri..siap makan daging rusa dari rusa yang diorang ternak lagi..pastu adik2 and penduduk kampung ni sangat warm and friendly la.. kami sempat juga buat kem motivasi di SK Chepor untuk studeng darjah 4-6..semangat betul adik-adik ni even depa bukan la study kat sekolah yang maha canggig, hebat and surrounding yang modern..hehe.. Jom tengok gambaq!!

















Hello kitty u gebo I.. ko ade??





tak dapat jadi cikgu..jadi akak fesi yang cun pun boleyh..hahah










no' and baby.. cucu mak no'



perang bendera.. !!









mak angkat kami .. :)