Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

22 Dec 2012

minggu yg Hectic.. adedede~

Assalam and salam musim kehujanan..

.

Banyak gila kerja tertangguh aq...paper first akan start pd... 27 Dec ini..PAGI AND  PETANG.. fuh..aku benci gila dengan jadual exam kali ni yg NO MERCY at all..selang satu hari je antara satu paper dgn yg lain ..Nasionalism aq dgn Dr Rei pule ..mcm byk gila nk kena pulun sebab selalu terskip class beliau.. :(  ditambah dgn paper mandrin and diplomacy yang bersama berganding bahu, PGI and PETANG...paper last aq , the one and the only Politic of  South East Asia will be on 13th Jan, which ada gap about 13days!! YOh..nk buat ape huh? mcm mana la HEP ni susun jadual..

sorry untuk my besty ..x sempat nk update pasal hilal lagi..tapi aq janji b4  naik sem br aku akan sattle down  suma utang aq kat angpa..There were so much things happen to me lately,..I almost sattle down for all the documents and procedure untuk mobily program ke Jyogyakarta , UMY sem depan.. tapi last2 minute...Tuhan bg peluang 2nd chance utk grab peluang satu scolarship ni..and things actually must be sattle down by this week, b4 28th....memandangkan ade beberapa masalah pasal scholarship ini and ada effect gak utk pembayaran kos mobility since I'm quit PTPTN's loan..(YES!! SYUKUR..kurang sikit hutang aq ^^)..maka , program ke mobility tu terpaksa dibatalkan... :'( sob3~

Takpe..lupakan..takde rezeki .. Mybiggest prob is..carry marks untuk paper IB ..urgh~ Dr subhan x publish pun..aq just tau midterm aq yg cukup2 makan tu...maka berakhirlah angan2 aq nak sambung minor in business ..konon sbg kesinambungan pd dip accounting aq yg tak seberapa tu..plus..aq mmg x boleh masuk jiwa and raga subjek menghafal yg aku tak faham ..it's undeniable, Chinese student ada genetik menghafal yg baik even diorang tak fhm..end up, universiti menghasilkan satu produk robot penghafal YES and NO yg baik..sedih..

Aq selalu rasa and fikir..yg genius tu 1% je ..usaha (termasuklah doa and solat) adalah the rest 98%..lg 1%? mestilah LUCK..yes..and aq sgt bernasib baik untuk previous sem sbb slalu dapat tips yg berguna , carry marks yg elok and jadual exam yg cun gila meletopz!Sem ni..batery talian hayat nasib baik aq makin weak..huhuhuk!! T_T.. award subjek membunuh aq jatuh kpd 1#IB..2#Nasinalism and ethnic conflict ..3#Mandrin..

So...as a conclusion..(macam buat process writing la pulak. =.=").. maka
" Nota kaki dari Cik Aqil...
especially to anyone who will be sitting for  final exam

mulai malam ini SOLAT HAJAT bolehlah dilakukan,
disamping itu amalkan
SURAH AN NAS - UNTUK MELAPANGKAN DAN MEMUDAHKAN
SURAH AN NASHR- UNTUK KESENANGAN DAN KEJAYAAN
SURAH AL IKHLAS- UNTUK KEKUATAN JIWA
AYAT KURSI - BALASANNYA 80 MALAIKAT MENDOAKAN KESEJHTERAAN KITA
MEMPERBANYAKKAN SELAWAT KEATAS NABI MUHAMMAD S.A.W

semoga segala urusan kita dipermudahkan, semoga disebalik kesusahkan kita terselit kesenangan buat kita, semoga kejayaan yang di impikan menjadi milik kita semua, DAN semoga kita semakin dekat dengan-NYA.

AMIN YA RABBA AL AMIN




Good Luck!!!!! Doakan cheq na~
  jaga diri, jaga hati ..terima kasih sebab membaca atau mengeja..
Assalam..
Ding!



dah2..

10 Dec 2012

Ustazah Fatimah Sharha+ Pentas Bidadari Syuga

 Assalam dan semoga dalam bulatan kegembiraan..

Today, cik Aqil baru siapkan half way entry pasal Forum HA (Hilal Asyraf) young well known author , once a blogger, celeb, kolumnis, and motivater I guess... tunggu ek..entry masih dalam pembikinan..

Aqil dalam mood susah nye nak focus untuk siapkan  essay Dr Rei Nakamura which is all about invented tradition yang kena submit esok pagi at 9!!!!!!!!! Ya Allah~ kenapa la aku ni stuck sangat ?  I just feelin t to kick my forehead  yang luas gila ni.!Besides. jadi editor untuk analisis kes Moro people (Mindanou) vs Philipphine Government for diplomacy.. (-.-")


Then , still kemaruk and tak sedar diri to attend this event tonite,untuk ladies je ..yehehe.. "Pentas Bidadari Syurga" ..nama pun dah havoc the vouge~! hihihi~The main reason nak p is because nak jumpa and attend perkongsian ilmu Ustazah FATIMAH Sharha! yeay! alhamdulillah...Betullah cakap org, if we are really strongly eager looking for what we want, Allah will show the way for you..even  u already miss quite similar oppurtunity before for some reasons that u can't avoid ! Really look forward to meet this ustazah... ^^. One more, nak dengar performance Ainan TAsnim since my roomate  and Wak Mat pun sgt admire voice dia and I personally pernah dengar her performance life on  air, TWICE okay~  for me ..agak mengecewakan coz x seperti dalam radio since tak berapa pun~..so..her performance tonite might be  akan menukarkan perception I pasal this gurl or  remain the same?? sorry Ainan ... akak sekadar jujur.. =)  nak pakai ape ek? Memandangkan theme Arabian Nite...so I guess...baik pakai yang ready made je...Jubah Wak Mat bagi sekali dengan shawl ..haha...pilihan yang selamat .. Nanti update lagi ek..


 
Can't wait!!
 Gambar menyebok  today
Teknologi sememangnya memudahkan. Tiada alasan lagi korang yang perempuan ni nak malas-malas masak ya? Dah dah pergi masuk dapur :P hehe~

 jaga diri, jaga hati ..terima kasih sebab membaca atau mengeja.. Assalam..
 ding!..



Solatku Tidak Mencegah Mungkar | iluvislam.com discover the beauty of islam

Solatku Tidak Mencegah Mungkar | iluvislam.com discover the beauty of islam

Assalam... di sini Cik Aqil nak berkongsi satu perkongsian ilmu oleh Saudara Mohd Redhuan  yang dipetik dari artike nya di www.iluvislam.com/tazkirah.  Sila clink pada link di atas untuk mengikuti pembacaan artikel yang penuh..Di sini Aqil just letakkan caption dari artikel beliau ..Feel free to keep it :) Semoga dengan perkongsian ini, dapat membantu dan memperbetulkan fahaman kita tentang diri, hati dan amal kita sendiri.. Wallahu Anta A'lam :)

Biodata Kolumnis

Mohd Redhuan Abdul Muin merupakan seorang pelajar tahun akhir perubatan di Ireland. Seorang bapa dan suami yang ingin membawa keluarga bersama menuju Jannatul Firdaus.

" Sejahat-jahat aku pun aku semayang jugak"

" Sekurang-kurangnya aku solat biar pun tak pakai tudung. Tudung je tak pakai.. bukan ada apa"

" ala... dating pun tak boleh ke? Bukannya kami berpegang tangan pun. Time solat, kami pi solat..."

" Dengan sentiasa ingat bahawa kita ini golongan yang solat, maka tiap kali kita hendak melakukan maksiat maka berpesanlah kepada diri kita, bahawa aku ini tergolong dalam orang-orang yang bersolat, Maka apakah selayaknya aku melakukan maksiat kepada Allah? Apakah solatku tiada nilaian langsung sehingga aku terheret untuk melakukan maksiat?"

28 Nov 2012

Good things for this month !!!



 Assalam and selamat bersenang-senang..........

Syukur alhamdulillah..masih diberikan ruang oleh yang Maha Esa , ALLAH s.w.t dalam kesempitan dan kealpaan , masih diberikan peluang bernafas dan menyambuang perjalanan sebagai khalifah di bumi ini... :)

Mood Sintok dan kawasan seanteronya seperti bendang, bukit - bukau , hutan -hutau , flora dan faunau adalah >>> panas dan lembap disertai dengan hujan yang unpredictable sepanjang bulan november dan dijangkan berlanjutan hingga ke disember... banyak tempat-tempat yang tak biasa banjir naik air tau u ollz..kesian~ :(

My free advice : sediakan payung sebelum hujan, elak pakai kasut jenis fabrik , better pakai sandle yang da tumit sikit untuk ladies nagi mengelakkan foot anda berenang-renang dalam kasut sendiri or bersenda gurauan bersama lecak-lecak sepanjang perjalanan dalam kampus UUM Sintok ni..


Since ada banyak GOOD things happened along and for becoming a few days ahead..maka Aqil sangat berbesar hati untuk share dengan encik blogspot....


  •  Bual bicara bersama one of  young talent author saudara Hilal Asyraf .Slot 1: Mari menjadi Hamba  and Slot 2: Membina potensi diri.. ( yang ni tak sempat nak update fully, insyaallah. dah lapang sikit aqil akan update intipati perkongsian yang kami dapat..)

Hilal!!!!
  • Bubul dah bersalin.. >.< Yes !! Bubul a.k.a Gembul kucing debab rumah kami ..dikurniakan 2 ekor cahaya mata yang belum buka mata lagi... 

COMEL ke TAK?? hah~ macam hemohemo dah aku tgk...

  • Forum  Aqsa Syarif ; Aqsa Mission , Hope for Miracle bertempat  di Masjid utama UUM dengan ahli panel terdiri daripada Dr Hafidzi Mohd Nor ( Pengurusi Aqsa Syarif Bhd), En Wahab, (Pengurusi Aqsa Syarif cawangan Kedah) dan wakil pelajar dari Uum dr kelab Damai..( yg ni maaf , x hengat pule namenye.. huhu)
POSTER je dah gempaq kan? haha..nanti I update pengisian nye ek..

  • Dinner koke Pengucapan Umum level 3 and Malam Anugerah Pelajar Cemerlang Persada (it FREE Yaw~ >.< !! ) .. 
setakat pic sudu farfu je la..i'll update later fir the rest, ngeh~

 
  • Presentation for Palestine & Israel Yang succed!!  ^^.
in black blouse...my Lady Boss merangkap leader kami yang super workaholic! meeting dari pukul 10 am untill 9pm?! miss perfectionice betul.... (-.-")
  • Pluss  ada best friend yang sudi meminjamkan berokband nye pada saya atas kos tanggungan  bayar sendiri..hahah..ok lah dari takda ..mengharap wireless UUM yang tak menentu anginnya..grrr~
***
Rasanya tu saja kot preview yang terjadi ..haha..
Untuk Update yang lebig detail..
Harap sabar kepada yang berkenaan..
Janji tetap janji ..hehe (^^.)
 *
*
*
Lesson today:

"bila org berkata atau mengkritik, kita x perlu ambil pusing sgt dan ambil bulat2 ttg apa yg diperkatakan.. TAPI kadang2 harus difikirkan dan dipertimbangkan..jd cermin muhasabah diri~" :)

Assalam.. jaga diri, jaga hati ..terima kasih sebab membaca atau mengeja.. ding!..

22 Nov 2012

Tahun Baru Hijrah; Azam baru ? klise nye~

Assalam & selamat bersenang- senang :)...

Menjelang tahun baru Hijrah ( 1434H) = 15 November yang lalu...Kita dikejutkan dengan sambutan tahun baru yang penuh berdarah dan air mata ...Time kita semua dok syok post wish, reply or forward mesej kat FB , twitter, sms..ada lagi saudara mara seislam kita menderita dek serangan Zionist menjelang sj tahun baru di Gaza.....sedih kan? kanak -kanak , oldfolks , perempuan jd mangsa, dan kaun muslimin ..TT_TT so keep on du'a,  and buat apa sj yg termampu utk support mereka di sana , dr segi material ataupun perbuatan mcm sharing post , organise program kutip dana , boikot.. and etc..bab boikot2 and Palestine's issues  ni nak cerita panjang sangat sebab ada byk argument.
Apa sumbangan kita? sekadar menyatakan simpati??



Cerita pasal tahun baru ni..macam satu yg klise sgt bila semua org akan bertanya2 and berbuzy body pasal "ape azam thn baru ko?" " u sempena Maal Hijrah ni , pe yg u rase nk hijrah ek ??" "azam aku nk laksanakan azam thn sudah yg x sattle lagi...." and mcm2 lagi la... But .. are we really mean it? really determine and work hard for it?? or just mcm trend + hangat tahi ayam ?~  bagi aqil ..x kira la apa pun azam korang, pastikan korang realistik dan betul2 inginkannnya...and azam tu biar la benda yang elok2 je.... Tuhan tak suka org yang doa tanpa usaha.. INGAT! Hanya Allah dan anda saja yang tahu apa yang anda nk buat , telah buat dan tagha kesungguhan angpa tuh.. Yang penting istiqamah . macam nak pakai tudung , jgn la sekejap On , sekejap off , sekadar ikut trend tudung langsir bertingkat, tudung kelepiaq2 ( panggilan tudung  ala2 hana tajima yg x nmpak muka)..

Antara trending terkini...tudung tingkat langsir..

tudung kelepiaq2


boleh je nak pakai, sangat 2 bgs niat nak berubah but ..plz wahai kawan2 muslimah sekalian, pastikan niat murnimu itu seiring syariaat.....masih lagi stylo milo walau menutup aurat sewajarny.. :)


bab , boikot2 barangan Israel ni pun satu issue which I think should be handle wisely... nak boikot terus utk Mc D, Garnier , Nestle, Danone etc..(byk gilo kot nk taip .. =.=") memerlukan azam yang kuat and istiqamah...for me , kalau setakat fast food like Mc Deedoo or Coca-colalala tu blh sangat if nak boikot..but macam certain things yang kita daily use like prosesor dalam laptop"Intel" , gadjet item yang mahel2 korang beli sampai ikat perut macam Apple, Acer bla3~ haaa...x kan la nk campak dalam longkang je kan?? so..selagi ada pilihan lain.. maka  anda wajib dan berhak membuat pilihan lain...for certain argument saying that if we boikot those brand such like Mc Deedoo, maka pekerja2 nya yang ramai terdiri dari orang2 Islam akan terabai and jobless... 



bagi Aqil.. ada plenty of jobs  available in Malaysia kita ni..tapi dari sudut pekerja dlm industrial field macam kilang2 mereka, Ya , sedara Islam kita di sini pun akan terjejas juga..cuma mungkin, apa yang boleh dikatakan , selagi boleh memilih..maka pilihlah sesuatu yang boleh mengurangkan kemudaratan..If tak mampu nk boikot 100% their stuff untuk menjejaskan ekonomi mereka,  apa kata anda meminimumkan pergantungan pada produk depa and support our local or Asia products???.. Tak mampu sumbang banyak sikit pun jadilah..at least ada effort..macam cerita burung kecil yg carry out water dari paruh kecilnya utk saving Nabi Ibrahim a.s dari dibakar api... nak boikot or reduce pergantungan pada mereka, biar istiqamah ye..jgn main share je status or twitt ikut sedap jari...:) bagi kawan2  non - muslim , isu Palestin ni bukan satu isu berdasarkan agama  tetapi satu isu kemanusiaan or humanity yang perlu dipandang serius.

Maaf andai anda yang terasa...ini untuk peringatan nota kaki bagi diri sendiri juga.. no offence...

Akhir bebelan ..semoga anda berjaya acchive goal yang ditentukan dalam azam tahun baru...and perlu istiqamah ( usaha yang berterusan).Salam Maal HIjrah .^^, Dotz..



 



30 Oct 2012

monolog sang perempuan

*bismillah
*
*
*
*
 semalam ....
aku mengenalimu 
berbicara denganmu 
bergelak tawa denganmu
 tiada siapa cemburu kerana hanya kita berdua menikmati hari itu
 tetapi Tuhan masih sayangkanku 
masih sayangkan dirimu
ditunjukkan hidayah padaku supaya aku kembali ke pangkal hulu jalan yang kulalui berliku
 rupaya aku ditipu kerana mereka pernah bersumpah setia janji dengan hati batu akan menyesatkan anak cucu Adam sehingga akhirat-Mu 
maka itu yang berlaku padaku terbiasa dengan mereka yang bukan muhrimku 
bila Allah mmberiku jalan itu 
kuharung jua meski teman mengutukku kerana aku lebih cintakan Dia yang menciptaku 
 Tuhan ...
 semalam aku berdosa di hadapan-Mu
 malam ini aku bermunajat pada-Mu
 taubat nasuhaku moga diterima di sisi-Mu 
Cinta ini hanya untuk-Mu Tuhan 
Aku tidak akan cintakan orang yang tidak kau redhai untukku 
Cintaku hanya untuk insan yang mencintai-Mu 
Mahalkah cintaku ? 
Sesungguhnya hanya inilah sebenarnya yang dinamakan cinta... 
credit:Bidadari Syurga:
  11:53p.m 111209 hamba-Mu wahai syabab , izinkan cintaku berlabuh hanya buat-NYA .

secebis aku.... sang perempuan.....
 

18 Oct 2012

Anda tahu ke tak? :Badan kita macam mesin basuh

Assalam ...Happy Thursday !! 

Apake sengal Happy Thursday??

 memang  pon..sebab esok dengan bangganya tak da ape2 class yg menghambat aku... Great happy day! Kedah cuti Jumaat weh!! yebaba!!! :) Letih seh bergelumang dengan kekuatan fizikal dan mental yang tak berapa nak center , berjuang menghabiskan assignment Dr Rei Nakamura pasal ethnicity and the related problematic issue..sahih,, terang lagi bersuluh lampu jalan,aku dengan Cik Fara V pulun buat last minute....padan muke sejibik..tak tido dr pkl 4am sampai la ni..seronok gila!! (dengan gaya tangan dua-dua kat dada, mata pandang ke ateh..ala-ala Cik Jah gelang)..yang penting . IT ALREADY DONE BABE!!! ^^, syukur alhamdulillah..

Korang mesti setuju kalau aku cakap buat kerja last2 minute ni akan menbuak kan idea yang mencurah-curah ke ladang gandum samapai tak larat nak tadah...sebab , bila buat awal2 pun degil gila kot idea tu takmo kluaq!! air Oligo dah 2,3 cawan...idea dok tagha tu jugak...paling hebat , dapat la 1 paragraph..tak gitu?

paling terok pon korang akan jadi macam ni...(sila abaikan hidung jawe jambu air tu.. ) 
 Badan kita macam mesin basuh

Hari tu aku and Cik Shera da pergi health consultation kat booth Herbalife during Expo Keusahawanan MISC...banyak la input yang kami dapat...yang bestnye, aq tau yang aku semakin mokmok(gemok) hahaha.. jisim tulang aku kurang tumpat 3.0...jisim tulang normal 23.0..then , umur metabolisma aku 20 ..YES!!! 20...so means that I lg muda dr usia sebenar,yeah2 syukur2!!
but over all, Cik Aqil still maintain BMI..ideal kau!! ntah...(ntah2 ko kne tipu dengan minah health consultant tu.. =.=) cuma lemak dibadan agak berlebihan dek kerana lifestyle yg "sihat" gila since dok menjana lemak dan babat semenjak duit ptptpu masuk nih...wkwkwkw... -.-

Hah..pe2 pun ..according to minah health consultant tu...kita kena makan based on metabolisme kita..setiap 25kg, kita harus minum at least 1 liter air...badan kiat ni ibarat washing machine , kurang air kurang bersih la baju kita..same goes to sistem penghadaman kita...cukup air, maka sistem penyahtinjaan a.k.a "beyaK" kita pun smoth je..bagus tau because throungh "that"process , boleh menyahkan toksik2 dalam badan angpa weh~ :)

ok la ..nanti aku update lagi entry  pasal badan , and macam mn nk reduce weight dengan healthy way..

tengz for reading my entry..:) wassalam..take care ;)




25 Sept 2012

Tarbiah Hari ini: untuk teman , sahabat, yang bersedih


Assalammualaikum and happy Wednesday guyz.. (19092012= 1- Zulkaedah1433 H) :)

Alhamdulillah..praised to the almighty Allah !!  Masih dimurahkan rezeki di Bumi Sintok ini.. Dek kerana program and xtvt yang bersusun-susun,, maka penyakit genetik konginental "homesick" di awal -awal pembukaan sem ni x terasa sangat.Plus, I'm senior rite know..so ..boleh la berkerek-kerek sikit...wkwkwkwkwkw.. (abaikan~)

Eh?? tu kenapa monyok cam tempe basi ek?Takmo le korang beresedih-sedih..Meratapi kekurangan diri hanya akan memadamkan rasa syukur and memudaratkan erti bahagia...If korang nak bahagia, silalah appreceate diri tu ye...elak bandingkan diri dengan sesiapa...Bersaing dengan diri sendiri dahulu untuk bina kekuatan. :)

I'm who I'm....she's who she's...they  are who they are..There might be similarities but we are not the same..We were born with originality..see?? So ..don't you ever let someone be your world because when they leave , you'll have nothing..



Buat teman, sahabat, dan kawan-kawan yang mungkin sedikit berdukacita. Allah sentiasa ada! :)

----
Hasbunallahu wa ni'mal wakeel.
Cukuplah Allah sebagai penolong kita

----
Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

----
Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

Mintalah kepada Allah dan janganlah merasa lemah. Jangan kamu katakan: "Andaikata aku melakukan ini dan itu, pasti akan jadi begini dan begitu."

Tapi katakanlah: "Allah telah menentukan takdir manusia, dan apa yang Dia kehendaki pasti akan terjadi."

P/s: sayangi diri kamu..LOve Allah , rasul and your parents....:)

Sesungguhnya kata "kalau" akan membuka peluang kepada hasutan Syaitan. (HR Muslim)

14 Aug 2012

Puding karemel :)

Assalammualaikum dan salam Ramadan... :) 

 Hari ni telah masuk malam ke 24 Ramadan..Ramadan semakin melabuhkan tirainya..Semoga dalam detik-detik terakhir  stage ke3(final) Ramadan ni, semakin dipertingkatkan amal dan munajat keampunan kita kepada-Nya.. Bagi yang ABC tu, lepas Raya jgn buat-buat lupe nak mengganti ye..hehe

Oklah, straight to the point, here, I wanna share some recipes yang sempat diterai untuk buat puding karemel ni..1st time tau!! hahaha...x sangke dalam weng-weng otak ni, still jadi, hohoh.. OK bah kalo kau!!! :PP

 Puding karemel Myresepi.com


Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

Sediakan karamel:
1.Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. 






2. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.(tapi saya buat direct je pakai Loyang, b4 karemel tu sejuk , rata2kan la,api jangan beso ok! )

3.  (Dalam bekas lain) Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.Tapi aku buat berbuih je, agak2 la, jangan sampai macam berbuih air sabun tu sudah la…

4. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih. yang ni, aku pun xtaw camne dah 60Degree..(=.=”)agak2 la, jangan sampai mendidih, ade cam bubble kecik2 tepi periuk tu , tutup la..just nak condition sus utu suam je..)

5. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.

6. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit(aku x buat pon

7.Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.

8.Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.

9.Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti sejuk.

Tips:kalau nak cantik pakai la dulang yang diameter kecik, klu cam dulang saiz aku ni kne buat 2x bancuhan ni  baru naik cantik , tak penyek)



OK…siap!teng3!!!!! .. >>>>>----à

Home made puding karemel 1

Resepi pudding karemel Nani Rostam. (yang ni kurang manis sikit..)


Bahan-bahan:
7 biji telur grade A.
1 tin susu pekat.
1 tin air (guna tin susu tadi)
1 sudu teh esen vanila
2 sudu gula
1.       masukkan gula di dalam loyang dan letak loyang di atas api dapur dalam masa lebih kurang 2 minit. Kacau gula sehingga berwarna kuning pekat keemasan. Angkat dan ketepikan.Letak air dalam 1 sudu untuk elak hangit sbb klu karemel hangit, pudding akan pahit gile !!

2.       dengan menggunakan garfu, pukul telur sehingga sebati. Masukkan susu dan air....kacau lagi dan masukkan esen vanila. (Masa mengacau dianggarkan selama 5 minit).

3.       Selepas itu tuang bancuhan telur tadi ke dalam loyang yang ada gula hangus tadi dan kukus.

4.       Dalam masa 20 minit...angkat dan telangkupkan di atas pinggan besar. Potong dan sejukkan sebelum di makan.

 :: selamat mencube readers!! ::

8 Aug 2012

Tips khusu' berdoa :)

Assalammualaikum !!!

Amacam? lagi beberapa hari nak masuk ke fasa terakhir bulan Ramadan...
Kejam - celik (2x) dah sampai dah kite semua kat train terakhir sebelum sampai ke Syawal..Apa khabar hati? Apa khabar ibadat? Hope there are good news there.. Got progress in your ibadah ok? insyaAllah..

Antara elemen terpenting dalam ibadah ialah niat dan doa..tapi korang tahu tak camane nak tingkat kan focus    time doa? Haa..meh nak share sikit..






30 Jul 2012

Bertahan My Carrot!!! =(

Assalam and salam 11 Ramadan...

Mood hari ni agak melankolik.. berjaga sepanjang malam dek kesihatan Carrot yang tak berapa mengizinkan...taking care of him..Dua minggu sebelum balik dari UUM , mama and abah bawak Carrot jumpe vet, sebab demam and tak lalu makan ..But Carrot still ade mood nak main dan makan ..cuma  tak bayak..Vet cakap , its all depend on him..if Carrot kuat semangat then insyaallah he'll be ok... Carrot diberi 3 injection..and ubat pancut-pancut..(erk..maap , xtaw name pe.. (=.=")~ vet cakap if dia x boleh bertahan

Nampak macam ade perubahan, tapi tiba-tiba sehari sebelum puasa, Carrot jatuh sakit lagi and kali ni lagi teruk...He lost almost 60% of  his weight.. sangat pasif .. hilang selera makan and menyendiri...worse , nak minum pun kne pakai picagari..Carrot didaigonis dengann Feline Entritis (cirit -birit) yang teruk...vet cakap , dah buat yang termampu... so , just berserah je la sekarang..sakit konginental..kami pasrah  je.. :(  Walau pada hakikatnya  masih tak ready lagi untuk kehilangan Carrot...  If pergi lagi baik dari terseksa... Then, may he rest in peace..Semoga Allah mempermudahkan ~

Maybe ade yang cakap this is nonsence to be sad and care for those animal..Tapi bagi family kami, it seem like part of us being snatch away.. I Bet, only those person who once in my shoes knows how it feels rite know..



29 Jul 2012

Main masak-masak dengan adik , edisi : buat cupcakes vanila

Asssalam dan salam ramadan and salam gemuruh Olimpik yang baru membuka tirai..

selamat hari Ahad dengan semangat berkobar-kobar berpuasa kepada yang berkenaan.. (^^.)v
 Pejam celik dah 9 hari dah puasa, so amacam dengan performance korang? ada bagus?.. mudah - mudah semakin mantop...bagi yg suam2 suku tu, saya menyeru anda MARILAH berjuang!! still belum terlambat lagi ...lagipun , dah nak masuk fasa ke 2 Ramadan dah ni.. (pesan untuk Cik Aqil ni juga..)hehe..

Tanpa melengah -lengah lagi, atas permintaan individu tertentu. .. here nak share resepi cupcakes vanila yang dibuat bersama angah and adik before puasa aritu..Not bad jugak untuk amatur kayak kami...even ising dye cam merapu jek..hehe (=.=") yang penting abah cakap ... "SEDAP! " weee!! susah taw tak abah tu nak puji cakap sedap ke hape..mengalahkan chef dalam MAsterchef tu ha...

Resepi cupcakes vanila...

Bahan-bahan ( 35 biji )

  • 150 g mentega
  • 185 g tepung naik sendiri
  • 150 gram gula kastor
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh vanilla
  • Untuk ising:
  • 100 g mentega
  • 200 g gula ising
  • 2 sudu teh air panas
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • chocolate rice utk tabur

Cara-cara

agak -gak klu naik camni maka elokla cupcakes korang..ni guna cup kertas biase je

hasil cupcakes conteng2 dengan adik..
  1. Pukul butter dan gula hingga kembang( nak tau kembang cam mano? ha korang tebalikkan je  butter yang dah dipukul tu, klu x jatuh kembang la tu, color nye dah bertukar pada color cream gebu-gebu)
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla
  3. Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun sebati (jgn lupe ayak dlu tepung, baru naik cupcakes korang  =)
  4. Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan hingga 3/4 penuh
  5. Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C (panaskan oven 10 minit sebelum membakar )
  6. Utk ising, pukul mentega dan gula ising hingga kembang. Masukkan esen dan air panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim
  7. Sapukan ising atak kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan ising. Kemudian boleh tabur manik atau choc rice .(ikut suka-suka hati korang) 
 P/S:klu nak sinh ni lagi best campu sikit lemak sayuran a.k.a shortening dalam 1/2 sudu ..ni bagi elakkan isng korang cepat cair (malaysia ni kan panas) ..erk..one more ..klu suka boleh buat perisa lain cam coklat ke then pipe kan filling (inti) yang korang suka cam blueberry , coklat, etc.

::Selamat menterai!! DOTz::




19 Jul 2012

Tips ketika puasa





As salam and good friday :)
As we enter this blessed month of mercy, I give you this advices to myself first, and to all of you.. :)



Tips semasa berpuasa :

1.Wajibkan  mengamalkan pengambilan makanan ketika sahur. Sunat Melambat-lambatkam sahur, tapi agak - agakla... jangan la sampai terlajak ke Azan Subuh pulak ye..Ia akan membantu anda  bangun untuk solat Subuh. Makan sahur adalah Sunnah. Dan makan pagi ini secara umumnya diiktiraf sebagai hidangan yang paling penting hari ini. Jangan terlebih makan macam dah takde hari esok!!!beri tumpuan kepada mengambil makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks dan protein, buah-buahan atau sayur-sayuran, dan air yang banyak. Sebagai contoh: telur dengan roti bakar gandum, keropok  denganbeberapa mentega kacang, beberapa keping oren, dan dua gelas air. Tak pun makan je la nasi dengan  lauk yang simple..almaklumlah, tekak orang melayu katekan..

2.Ikut Sunnah: berbuka puasa dengan kurma dan sama ada susu, air atau jus buah-buahan.(seeloknya makanan   yang belum dijamah api  ) Selepas solat maghrib, terus dengan starter ringan seperti sup dan keropok. Setelah lama berpuasa, anda perlu untuk menstabilkan  paras  cecair dan paras gula dalam darah  anda tanpa overdoing... I mean, dah seharian berpuasa , time buka puasa tu jangan la melantak tak hengat dunia..Besides, sistem pencernaan dan yang sewaktu dengannya akan terkejut dek tiba-tiba disumbat dan didesak untuk bekerja keras nak hadam makanan  anda.Jangan MEMBAZIR..Ramadan BUKAN bulan pesta makan tapi bulan UPGRADE iman!!

3.Semasa waktu malam, silalah melawan godaan untuk minum teh, kopi, dan soda. Apabila melawat kawan-kawan atau keluarga,(tak pun time lepas terawih a.k.a "moreh") Lebih elok jika anda  meminta segelas air kosong a.k.a "skyjuice".Pengambilan kafien akan menghalang penyerapan zat -zat makanan.

4.Seelok-eloknya, sebelum tidur , patikan anda sudah minum at least  8 gelas air ..diulangi, paling kurang..NO SUGAR OK!! sebab anda dah ber sugar-sugar sangat time buka puasa tadi  kan? Lepastu elak lah melantak ice sebab anda akan merasa tersangat kering tekak ketika waktu siang hari dikala berpuasa.. Habis kempis muke(=.= ") Dalam kata lain , ia dinamakan hidrasi..faham? kalau rasa dahaga, dianjurkan membaca surah Al-Qausar..insyaAllah..ok punye! (^^,)

5.Elakkan makanan goreng dan pedas kerana ia boleh menyebabkan pedih hulu hati atau indigestion.Nak makan boleh, tapi sikit-sikit je ok.. =)

6. Lakukan aktiviti fizikal yang ringan 1/2 jam before berbuka puasa seeloknya.Tak payah la nak berjoging sakan , angkat dumb bell or buat erobik + poco-poco! .Cukup lah dengan berjalan atau senaman ringan ..:)

7.Disamping tu, dalam bulan ni digalakkan untuk bertadarus, memperbanyakan sedekah,solat tarawikh, Qiam dan berdoa sepanjang berpuasa dan sebelum berbuka.waktu-waktu ni mustajab tau! um..apelagi ek? Haa, jaga pancaindera, akala dan hati dari perkara-perkara yang boleh membatalkan dan mengurangkan pahala puasa.Jangan sampai pahala tu jadi -ve okies!! jangan la tengok or donload cite h***** or P***.. cakap pun kat orang pun jangan la maki-maki pun , or jangan la bantai tido je seharian dr sahur samapai la nak buka puasa.. solat wajib korang langgar je dengan konpiden nye..ish..last2 , dapat lapo and dahaga saje.. padan le muke korang..T_T

Al-kesimpulan.. "Sesungguhnya berpuasa itu bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga, malahan mendidik diri untuk menahan diri daripada penyakit qalbun (hati) iaitu marah, sombong, iri hati serta dengki.Semoga kita mendapat barakah , keampunan dan rahmat sepanjang bulan yang mulia ini.. Don’t let this Ramadan be just a holiday of rituals."



Dari kata-kata my friend, "Don’t finish reading the Quran without understand the meanings and transformation. Don’t feed your body at sahur, but starve your heart of Qiyam. Don’t reduce this downpour of mercy to just a month of sweets and lavish iftars. Seek Him, you will find. Take a sincere step towards change, transformation, redemption. If you do, you will find Him in front of you. Find Him this month. He’s been there all along. Closer than your jugular vein. Look and you’ll find. Walk and you’ll arrive :) "


::Gudluck and all the best for this becoming Ramadan! Semoga kita diberikan taufik, hidayah dan keampunan.. :)..As salam..ChaW!! ::

4 Jul 2012

Anda tahu tak ? Kenapa rezeki susah masuk?

Assalamualaikum dan semoga bersemangat!!


 Maka , dengan ini , saya menyeru kepada anda ..Tetaplah BERSEMANGAT  even though ada anda-anda yang berpuasa today! (Khamis = 15 Syaaban) Syabas ye!! puasa perut, puasa  nafsu jaga iman! Semoga selamat ke garisan penamat menjelang Magrib.. siapa tak ganti lagi puasa ?Ha,  boleh la sama-sama menjoinkan diri anda dalam acara puasa sempena bulan Syaaban ni ye...insyaallah.. (^^,)v sama- sama lah kita practice on the way menuju bulan Ramadhan ..So perut kita tak da la tekejut gamak sangat time 1st day puasa..ye tak?

Ek?? tu dah kenape mulut muncug boleh sangkut hanger? aiyoo~ cam tempe basi sudah..hahah..uick?? rezeki lambat masuk? today tak da luck or so what ever?ish..tak baik merungut  tau.um..Today ada sikit info nak share bersama anda-anda..(ceh ..gile poyo macam pakar motibasi pule) .. Apa-apalah..sharing is caring kan? wukikiki~ ish.cam bodo je gelak camtu


Sobolum apo-apo terjadi..den nak ingatkan sikit yang den da maleh bona nak menaip actually..so eden just print screen jo jah! ..hahah..xdapat eden nak nolong  dek  kemalasan ni..

"Jom kita sama-sama hindari mana-mana dari list ni yang ada dalam diri kita dalam sedar atau tidak. Mudah-mudahan kita semua dimurahkan rezeki dari Allah SWT dan diberi keberkatan dalam kehidupan. Amin "

Wallahualam.. :>





3 Jul 2012

Anda-anda tahu ke ape tu nisfu Syaaban??

Assalammualaikum...

Selamat hari Rabu , 4 Julai 2012, a.k.a  14 syaaban.. !!  Here 1st update selepas melangkah keluar dari Sintok...ek..rushing ke sane sini menyenbabkan aku tak dan mengupdate belogg yg syok sendiri ni..keh3~ (cam bodo je gelak camtu..)ek..lantak la...ha..hari ni siape puasa sila angkat kaki?? magrib ni dah menjelang nisfu Syaaban... 

tak lama lagi dah nak Ramadhan ..pergh..x sabar la rasanya...nak solat tarawikh sama-sama..., masak sama-sama...jadi..beberapa minggu yang tersisa sebelum Ramadhan ini..melepak sajalah diriku yang tembun  di rumah sambil menggemukan badan dan menternak lemak ..ek..lagi-lagi orang badan pear shaped macam aku ni..mood nak try resepi membuak - buak ibarat laut yang tak bertepian...ek?(xde kaintan , sila abaikan) wengggg~

Bercerita fasal Nisfu Syaaban ni..anda-anda tahu ke ape tu nisfu Syaaban?? Haaa..siape tahu diam...siapa tak taw..meh cheq nak habaq mai...angpa baca btoi2 noh...

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yang akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kepadaMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri. Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kepada Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yang memberi rahmat (membuat amal makruf dan nahi munkar) dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.”
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

(Sumber:encik wikipedia )

Justeru, pada Nisfu Syaaban kita digalakkan untuk berpuasa di siangnya serta menghidupkan malamnya dengan memperbanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran, beristighfar dan melakukan solat sunat. Kemudian mohonlah doa supaya diampunkan segala dosa, ditutup sebarang keaiban, dimurahkan rezeki dan dimudahkan segala kesusahan.Pada malamnya sesudah Magrib, anda dianjurkan untuk membaca surah Yasin tiga kali, tiap-tiap satu kali bacaan Yasin, dibaca satu kali doa.

1.Bacaan pertama dengan meminta dipanjangkan umur.
2.Bacaan kedua dengan niat menolak bala.
3.Bacaan ketiga dengan niat terkaya daripada manusia.


 


25 Jun 2012

Fenomena dokter blogger Fatin Liyana..Siapakah?

As salam & selamat berpetang-petang...

 Entry hari ni takde ape sangat pun..Just  nk share satu penemuan baru pasal blogger http://honeykoyuki.blogspot.com a.k.a Fatin Liyana...Terserempak blog minah ni time blog walking sementelah study untuk test lagi 2 hari..dam bored!!  subjek sejarah Ict and blablabla...


Cute kan Fatin ni..plus point cantik...huu.. (^^.)




Lepastu..selidik punye selidik kami ni sebaya...Fatin ni merupakan student medic di Bandung dlu and sedang buat praktikum di Pusat Perubatan UKM...free lance modeling jugak plus docter wannabe...
Plus point!! Fatin ni  cantik ..ye...FAKTA...cantik dan fashionalbe..then baru-baru ni baru menang Social Media Award 2012 - if tak silap best blog selebriti award...congret ek.. :)

Takde ape sangat pun yang gempak pasal blog Fatn ni just ianya seronok dibaca pada masa lapang walaupun hakikat nye esok nak exam..erk.. (=.=")..Blog Fatin ni takde genre yang tertentu.  anggap blog ni sebagai tempat dia berkongsi kisah hidup dengan para pembaca. . Makanan ada, fashion ada, tips ada, travel guide ada macam-macamlah ada. Lepak-lepak je baca..Ibarat makn pisang goreng cicah sambal kicap + teh - O panas petang-petang... (sila abaikan..xde kaitan)



 Sampai sini je bebel-bebel...dotz... As salam..taking care...lololol... (^^,)v As salam..