Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 Aug 2012

Puding karemel :)

Assalammualaikum dan salam Ramadan... :) 

 Hari ni telah masuk malam ke 24 Ramadan..Ramadan semakin melabuhkan tirainya..Semoga dalam detik-detik terakhir  stage ke3(final) Ramadan ni, semakin dipertingkatkan amal dan munajat keampunan kita kepada-Nya.. Bagi yang ABC tu, lepas Raya jgn buat-buat lupe nak mengganti ye..hehe

Oklah, straight to the point, here, I wanna share some recipes yang sempat diterai untuk buat puding karemel ni..1st time tau!! hahaha...x sangke dalam weng-weng otak ni, still jadi, hohoh.. OK bah kalo kau!!! :PP

 Puding karemel Myresepi.com


Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

Sediakan karamel:
1.Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. 






2. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.(tapi saya buat direct je pakai Loyang, b4 karemel tu sejuk , rata2kan la,api jangan beso ok! )

3.  (Dalam bekas lain) Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.Tapi aku buat berbuih je, agak2 la, jangan sampai macam berbuih air sabun tu sudah la…

4. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih. yang ni, aku pun xtaw camne dah 60Degree..(=.=”)agak2 la, jangan sampai mendidih, ade cam bubble kecik2 tepi periuk tu , tutup la..just nak condition sus utu suam je..)

5. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.

6. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit(aku x buat pon

7.Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.

8.Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.

9.Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti sejuk.

Tips:kalau nak cantik pakai la dulang yang diameter kecik, klu cam dulang saiz aku ni kne buat 2x bancuhan ni  baru naik cantik , tak penyek)



OK…siap!teng3!!!!! .. >>>>>----à

Home made puding karemel 1

Resepi pudding karemel Nani Rostam. (yang ni kurang manis sikit..)


Bahan-bahan:
7 biji telur grade A.
1 tin susu pekat.
1 tin air (guna tin susu tadi)
1 sudu teh esen vanila
2 sudu gula
1.       masukkan gula di dalam loyang dan letak loyang di atas api dapur dalam masa lebih kurang 2 minit. Kacau gula sehingga berwarna kuning pekat keemasan. Angkat dan ketepikan.Letak air dalam 1 sudu untuk elak hangit sbb klu karemel hangit, pudding akan pahit gile !!

2.       dengan menggunakan garfu, pukul telur sehingga sebati. Masukkan susu dan air....kacau lagi dan masukkan esen vanila. (Masa mengacau dianggarkan selama 5 minit).

3.       Selepas itu tuang bancuhan telur tadi ke dalam loyang yang ada gula hangus tadi dan kukus.

4.       Dalam masa 20 minit...angkat dan telangkupkan di atas pinggan besar. Potong dan sejukkan sebelum di makan.

 :: selamat mencube readers!! ::

8 Aug 2012

Tips khusu' berdoa :)

Assalammualaikum !!!

Amacam? lagi beberapa hari nak masuk ke fasa terakhir bulan Ramadan...
Kejam - celik (2x) dah sampai dah kite semua kat train terakhir sebelum sampai ke Syawal..Apa khabar hati? Apa khabar ibadat? Hope there are good news there.. Got progress in your ibadah ok? insyaAllah..

Antara elemen terpenting dalam ibadah ialah niat dan doa..tapi korang tahu tak camane nak tingkat kan focus    time doa? Haa..meh nak share sikit..