Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 Nov 2011

Minggu pertama setelah cuti panjang yang senang - lenang

Salam (^^,)
Beberapa hari ini line internet agak low di MISC…..nak post blog pun susah… Entah kenapa , rasa rinsu sangat pada mama , family dan orang tersayang…Esok , secara rasminya , keputusan UPSR 2011 akan keluar…Mesti bersebar – debar adik Cik Aqil si Nina tu… Doakan yang terbaik saje lah..Insyaallah…apa- apa yang berlaku adalah Qada’ & Qadar dari Allah..Hidup mesti diteruskan !! Fighting!!! ^^
Setakat ni…terdapat kemajuan dalam proses penulisan Cik Aqil.. ada kemajuan !!! Cuma tinggal ayat Tesis saje yang perlu dimantapka n lagi..Ayat tesis tu ialah ayat yang  menjadi panduan pembaca untuk mengesan hala tuju karangan.Ia biasanya wujud pd awal perenggan..Dengan membaca ayat tesis , pembaca mampu memahami isi kandungan karangan.
Mengenai pandangan Islam tentang kecantikkan. Ia menyatakan bahawa Allah itu cantik dan suka pada kecantikkan.. Dalam Islam hukum bersolek dan  bercantik-cantik bagi wanita ada pelbagai keadaan, ada hukumnya wajib, sunat, makruh dan haram, bergantung kepada keadaan dan niat atau tujuan ia dilakukan. Masyarakat Melayu telah memperkatakan tentang kecantikkan –terdapat banyak kiasan tentang kecantikkan yang diperekatakan dalam peribahasa/simpulan bahasa/pantun/bidalan.. Konsep penjagaan kecantikkan wanita dari luar dan dalam seperti  pemakaian bengkung selepas bersalin/pemakanan jamu dan ulam – ulaman / petua kecantikkan dan sebagainya.
Apa yang pasti, kecantikkan sangat subjektif ..Bergantung pd penilaian  mata dan hati. Namun , wanita pada hari ini sangat obsess  mengejar kesempurnaan kecantikkan luaran hingga sanggup berhabis duit, masa, tenaga semata- mata untuk cantik.Ada juga yang terpaksa mengorbankan diri menahan kesakitan untuk menjadi cantik seperti  tuntutan masyarakat atau norma masyarakat sekeliling seperti orang di Mauritania Afrika yang mengamalkan pemaksaan makan  makanan tenusu kpd gol.  Wanita sjk usia 5-6 tahun agr mereka  menjadi gemuk krn prinsip di sana “the bigger  the better”… Namun , kaum wanita ini terpaksa menderita risiko kesihatan spt , obesity,diabetis, skt lutut dan sbgnya…(Haaa…macam 2 dunia ni)…
Bagi Cik Aqil….Cantik itu subjektif, namun untuk cantik biarlah beserdehana.Kecantikkan  luaran hanya pada mata kasar, yang terpenting  adalah kecantikkan dalaman seperti akhlak dan keikhlasan hati .Segalanya akan terpancar keluar bila mempunyai hati dan akhlak yang cantik.
W’salam..
p/s: esok Kuiz penulisan..apalah agknye soklan yang keluar?huh~ (~~_)

No comments: