Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 Sept 2012

Tarbiah Hari ini: untuk teman , sahabat, yang bersedih


Assalammualaikum and happy Wednesday guyz.. (19092012= 1- Zulkaedah1433 H) :)

Alhamdulillah..praised to the almighty Allah !!  Masih dimurahkan rezeki di Bumi Sintok ini.. Dek kerana program and xtvt yang bersusun-susun,, maka penyakit genetik konginental "homesick" di awal -awal pembukaan sem ni x terasa sangat.Plus, I'm senior rite know..so ..boleh la berkerek-kerek sikit...wkwkwkwkwkw.. (abaikan~)

Eh?? tu kenapa monyok cam tempe basi ek?Takmo le korang beresedih-sedih..Meratapi kekurangan diri hanya akan memadamkan rasa syukur and memudaratkan erti bahagia...If korang nak bahagia, silalah appreceate diri tu ye...elak bandingkan diri dengan sesiapa...Bersaing dengan diri sendiri dahulu untuk bina kekuatan. :)

I'm who I'm....she's who she's...they  are who they are..There might be similarities but we are not the same..We were born with originality..see?? So ..don't you ever let someone be your world because when they leave , you'll have nothing..



Buat teman, sahabat, dan kawan-kawan yang mungkin sedikit berdukacita. Allah sentiasa ada! :)

----
Hasbunallahu wa ni'mal wakeel.
Cukuplah Allah sebagai penolong kita

----
Surah Al-Baqarah Ayat 216 :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

----
Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

Mintalah kepada Allah dan janganlah merasa lemah. Jangan kamu katakan: "Andaikata aku melakukan ini dan itu, pasti akan jadi begini dan begitu."

Tapi katakanlah: "Allah telah menentukan takdir manusia, dan apa yang Dia kehendaki pasti akan terjadi."

P/s: sayangi diri kamu..LOve Allah , rasul and your parents....:)

Sesungguhnya kata "kalau" akan membuka peluang kepada hasutan Syaitan. (HR Muslim)

14 Aug 2012

Puding karemel :)

Assalammualaikum dan salam Ramadan... :) 

 Hari ni telah masuk malam ke 24 Ramadan..Ramadan semakin melabuhkan tirainya..Semoga dalam detik-detik terakhir  stage ke3(final) Ramadan ni, semakin dipertingkatkan amal dan munajat keampunan kita kepada-Nya.. Bagi yang ABC tu, lepas Raya jgn buat-buat lupe nak mengganti ye..hehe

Oklah, straight to the point, here, I wanna share some recipes yang sempat diterai untuk buat puding karemel ni..1st time tau!! hahaha...x sangke dalam weng-weng otak ni, still jadi, hohoh.. OK bah kalo kau!!! :PP

 Puding karemel Myresepi.com


Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

Sediakan karamel:
1.Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. 






2. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.(tapi saya buat direct je pakai Loyang, b4 karemel tu sejuk , rata2kan la,api jangan beso ok! )

3.  (Dalam bekas lain) Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.Tapi aku buat berbuih je, agak2 la, jangan sampai macam berbuih air sabun tu sudah la…

4. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih. yang ni, aku pun xtaw camne dah 60Degree..(=.=”)agak2 la, jangan sampai mendidih, ade cam bubble kecik2 tepi periuk tu , tutup la..just nak condition sus utu suam je..)

5. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.

6. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit(aku x buat pon

7.Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.

8.Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.

9.Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti sejuk.

Tips:kalau nak cantik pakai la dulang yang diameter kecik, klu cam dulang saiz aku ni kne buat 2x bancuhan ni  baru naik cantik , tak penyek)



OK…siap!teng3!!!!! .. >>>>>----à

Home made puding karemel 1

Resepi pudding karemel Nani Rostam. (yang ni kurang manis sikit..)


Bahan-bahan:
7 biji telur grade A.
1 tin susu pekat.
1 tin air (guna tin susu tadi)
1 sudu teh esen vanila
2 sudu gula
1.       masukkan gula di dalam loyang dan letak loyang di atas api dapur dalam masa lebih kurang 2 minit. Kacau gula sehingga berwarna kuning pekat keemasan. Angkat dan ketepikan.Letak air dalam 1 sudu untuk elak hangit sbb klu karemel hangit, pudding akan pahit gile !!

2.       dengan menggunakan garfu, pukul telur sehingga sebati. Masukkan susu dan air....kacau lagi dan masukkan esen vanila. (Masa mengacau dianggarkan selama 5 minit).

3.       Selepas itu tuang bancuhan telur tadi ke dalam loyang yang ada gula hangus tadi dan kukus.

4.       Dalam masa 20 minit...angkat dan telangkupkan di atas pinggan besar. Potong dan sejukkan sebelum di makan.

 :: selamat mencube readers!! ::

8 Aug 2012

Tips khusu' berdoa :)

Assalammualaikum !!!

Amacam? lagi beberapa hari nak masuk ke fasa terakhir bulan Ramadan...
Kejam - celik (2x) dah sampai dah kite semua kat train terakhir sebelum sampai ke Syawal..Apa khabar hati? Apa khabar ibadat? Hope there are good news there.. Got progress in your ibadah ok? insyaAllah..

Antara elemen terpenting dalam ibadah ialah niat dan doa..tapi korang tahu tak camane nak tingkat kan focus    time doa? Haa..meh nak share sikit..






30 Jul 2012

Bertahan My Carrot!!! =(

Assalam and salam 11 Ramadan...

Mood hari ni agak melankolik.. berjaga sepanjang malam dek kesihatan Carrot yang tak berapa mengizinkan...taking care of him..Dua minggu sebelum balik dari UUM , mama and abah bawak Carrot jumpe vet, sebab demam and tak lalu makan ..But Carrot still ade mood nak main dan makan ..cuma  tak bayak..Vet cakap , its all depend on him..if Carrot kuat semangat then insyaallah he'll be ok... Carrot diberi 3 injection..and ubat pancut-pancut..(erk..maap , xtaw name pe.. (=.=")~ vet cakap if dia x boleh bertahan

Nampak macam ade perubahan, tapi tiba-tiba sehari sebelum puasa, Carrot jatuh sakit lagi and kali ni lagi teruk...He lost almost 60% of  his weight.. sangat pasif .. hilang selera makan and menyendiri...worse , nak minum pun kne pakai picagari..Carrot didaigonis dengann Feline Entritis (cirit -birit) yang teruk...vet cakap , dah buat yang termampu... so , just berserah je la sekarang..sakit konginental..kami pasrah  je.. :(  Walau pada hakikatnya  masih tak ready lagi untuk kehilangan Carrot...  If pergi lagi baik dari terseksa... Then, may he rest in peace..Semoga Allah mempermudahkan ~

Maybe ade yang cakap this is nonsence to be sad and care for those animal..Tapi bagi family kami, it seem like part of us being snatch away.. I Bet, only those person who once in my shoes knows how it feels rite know..



29 Jul 2012

Main masak-masak dengan adik , edisi : buat cupcakes vanila

Asssalam dan salam ramadan and salam gemuruh Olimpik yang baru membuka tirai..

selamat hari Ahad dengan semangat berkobar-kobar berpuasa kepada yang berkenaan.. (^^.)v
 Pejam celik dah 9 hari dah puasa, so amacam dengan performance korang? ada bagus?.. mudah - mudah semakin mantop...bagi yg suam2 suku tu, saya menyeru anda MARILAH berjuang!! still belum terlambat lagi ...lagipun , dah nak masuk fasa ke 2 Ramadan dah ni.. (pesan untuk Cik Aqil ni juga..)hehe..

Tanpa melengah -lengah lagi, atas permintaan individu tertentu. .. here nak share resepi cupcakes vanila yang dibuat bersama angah and adik before puasa aritu..Not bad jugak untuk amatur kayak kami...even ising dye cam merapu jek..hehe (=.=") yang penting abah cakap ... "SEDAP! " weee!! susah taw tak abah tu nak puji cakap sedap ke hape..mengalahkan chef dalam MAsterchef tu ha...

Resepi cupcakes vanila...

Bahan-bahan ( 35 biji )

  • 150 g mentega
  • 185 g tepung naik sendiri
  • 150 gram gula kastor
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 3 biji telur
  • 1 sudu teh vanilla
  • Untuk ising:
  • 100 g mentega
  • 200 g gula ising
  • 2 sudu teh air panas
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • chocolate rice utk tabur

Cara-cara

agak -gak klu naik camni maka elokla cupcakes korang..ni guna cup kertas biase je

hasil cupcakes conteng2 dengan adik..
  1. Pukul butter dan gula hingga kembang( nak tau kembang cam mano? ha korang tebalikkan je  butter yang dah dipukul tu, klu x jatuh kembang la tu, color nye dah bertukar pada color cream gebu-gebu)
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan esen vanilla
  3. Masukkan tepung yang dicampur dgn soda bikarbonat. Adun sebati (jgn lupe ayak dlu tepung, baru naik cupcakes korang  =)
  4. Susunkan kertas kek cawan kedalam acuan. Masukkan adunan hingga 3/4 penuh
  5. Bakar selama 10 minit dgn suhu 180 C (panaskan oven 10 minit sebelum membakar )
  6. Utk ising, pukul mentega dan gula ising hingga kembang. Masukkan esen dan air panas. Pukul lagi hingga putih dan berkrim
  7. Sapukan ising atak kek. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum diletakkan ising. Kemudian boleh tabur manik atau choc rice .(ikut suka-suka hati korang) 
 P/S:klu nak sinh ni lagi best campu sikit lemak sayuran a.k.a shortening dalam 1/2 sudu ..ni bagi elakkan isng korang cepat cair (malaysia ni kan panas) ..erk..one more ..klu suka boleh buat perisa lain cam coklat ke then pipe kan filling (inti) yang korang suka cam blueberry , coklat, etc.

::Selamat menterai!! DOTz::




19 Jul 2012

Tips ketika puasa





As salam and good friday :)
As we enter this blessed month of mercy, I give you this advices to myself first, and to all of you.. :)



Tips semasa berpuasa :

1.Wajibkan  mengamalkan pengambilan makanan ketika sahur. Sunat Melambat-lambatkam sahur, tapi agak - agakla... jangan la sampai terlajak ke Azan Subuh pulak ye..Ia akan membantu anda  bangun untuk solat Subuh. Makan sahur adalah Sunnah. Dan makan pagi ini secara umumnya diiktiraf sebagai hidangan yang paling penting hari ini. Jangan terlebih makan macam dah takde hari esok!!!beri tumpuan kepada mengambil makanan yang kaya dengan karbohidrat kompleks dan protein, buah-buahan atau sayur-sayuran, dan air yang banyak. Sebagai contoh: telur dengan roti bakar gandum, keropok  denganbeberapa mentega kacang, beberapa keping oren, dan dua gelas air. Tak pun makan je la nasi dengan  lauk yang simple..almaklumlah, tekak orang melayu katekan..

2.Ikut Sunnah: berbuka puasa dengan kurma dan sama ada susu, air atau jus buah-buahan.(seeloknya makanan   yang belum dijamah api  ) Selepas solat maghrib, terus dengan starter ringan seperti sup dan keropok. Setelah lama berpuasa, anda perlu untuk menstabilkan  paras  cecair dan paras gula dalam darah  anda tanpa overdoing... I mean, dah seharian berpuasa , time buka puasa tu jangan la melantak tak hengat dunia..Besides, sistem pencernaan dan yang sewaktu dengannya akan terkejut dek tiba-tiba disumbat dan didesak untuk bekerja keras nak hadam makanan  anda.Jangan MEMBAZIR..Ramadan BUKAN bulan pesta makan tapi bulan UPGRADE iman!!

3.Semasa waktu malam, silalah melawan godaan untuk minum teh, kopi, dan soda. Apabila melawat kawan-kawan atau keluarga,(tak pun time lepas terawih a.k.a "moreh") Lebih elok jika anda  meminta segelas air kosong a.k.a "skyjuice".Pengambilan kafien akan menghalang penyerapan zat -zat makanan.

4.Seelok-eloknya, sebelum tidur , patikan anda sudah minum at least  8 gelas air ..diulangi, paling kurang..NO SUGAR OK!! sebab anda dah ber sugar-sugar sangat time buka puasa tadi  kan? Lepastu elak lah melantak ice sebab anda akan merasa tersangat kering tekak ketika waktu siang hari dikala berpuasa.. Habis kempis muke(=.= ") Dalam kata lain , ia dinamakan hidrasi..faham? kalau rasa dahaga, dianjurkan membaca surah Al-Qausar..insyaAllah..ok punye! (^^,)

5.Elakkan makanan goreng dan pedas kerana ia boleh menyebabkan pedih hulu hati atau indigestion.Nak makan boleh, tapi sikit-sikit je ok.. =)

6. Lakukan aktiviti fizikal yang ringan 1/2 jam before berbuka puasa seeloknya.Tak payah la nak berjoging sakan , angkat dumb bell or buat erobik + poco-poco! .Cukup lah dengan berjalan atau senaman ringan ..:)

7.Disamping tu, dalam bulan ni digalakkan untuk bertadarus, memperbanyakan sedekah,solat tarawikh, Qiam dan berdoa sepanjang berpuasa dan sebelum berbuka.waktu-waktu ni mustajab tau! um..apelagi ek? Haa, jaga pancaindera, akala dan hati dari perkara-perkara yang boleh membatalkan dan mengurangkan pahala puasa.Jangan sampai pahala tu jadi -ve okies!! jangan la tengok or donload cite h***** or P***.. cakap pun kat orang pun jangan la maki-maki pun , or jangan la bantai tido je seharian dr sahur samapai la nak buka puasa.. solat wajib korang langgar je dengan konpiden nye..ish..last2 , dapat lapo and dahaga saje.. padan le muke korang..T_T

Al-kesimpulan.. "Sesungguhnya berpuasa itu bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga, malahan mendidik diri untuk menahan diri daripada penyakit qalbun (hati) iaitu marah, sombong, iri hati serta dengki.Semoga kita mendapat barakah , keampunan dan rahmat sepanjang bulan yang mulia ini.. Don’t let this Ramadan be just a holiday of rituals."



Dari kata-kata my friend, "Don’t finish reading the Quran without understand the meanings and transformation. Don’t feed your body at sahur, but starve your heart of Qiyam. Don’t reduce this downpour of mercy to just a month of sweets and lavish iftars. Seek Him, you will find. Take a sincere step towards change, transformation, redemption. If you do, you will find Him in front of you. Find Him this month. He’s been there all along. Closer than your jugular vein. Look and you’ll find. Walk and you’ll arrive :) "


::Gudluck and all the best for this becoming Ramadan! Semoga kita diberikan taufik, hidayah dan keampunan.. :)..As salam..ChaW!! ::

4 Jul 2012

Anda tahu tak ? Kenapa rezeki susah masuk?

Assalamualaikum dan semoga bersemangat!!


 Maka , dengan ini , saya menyeru kepada anda ..Tetaplah BERSEMANGAT  even though ada anda-anda yang berpuasa today! (Khamis = 15 Syaaban) Syabas ye!! puasa perut, puasa  nafsu jaga iman! Semoga selamat ke garisan penamat menjelang Magrib.. siapa tak ganti lagi puasa ?Ha,  boleh la sama-sama menjoinkan diri anda dalam acara puasa sempena bulan Syaaban ni ye...insyaallah.. (^^,)v sama- sama lah kita practice on the way menuju bulan Ramadhan ..So perut kita tak da la tekejut gamak sangat time 1st day puasa..ye tak?

Ek?? tu dah kenape mulut muncug boleh sangkut hanger? aiyoo~ cam tempe basi sudah..hahah..uick?? rezeki lambat masuk? today tak da luck or so what ever?ish..tak baik merungut  tau.um..Today ada sikit info nak share bersama anda-anda..(ceh ..gile poyo macam pakar motibasi pule) .. Apa-apalah..sharing is caring kan? wukikiki~ ish.cam bodo je gelak camtu


Sobolum apo-apo terjadi..den nak ingatkan sikit yang den da maleh bona nak menaip actually..so eden just print screen jo jah! ..hahah..xdapat eden nak nolong  dek  kemalasan ni..

"Jom kita sama-sama hindari mana-mana dari list ni yang ada dalam diri kita dalam sedar atau tidak. Mudah-mudahan kita semua dimurahkan rezeki dari Allah SWT dan diberi keberkatan dalam kehidupan. Amin "

Wallahualam.. :>